Kegunaan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Dan Bayi (Serbaguna & Jimat)




Minyak kelapa dara juga dikenali sebagai Virgin Coconut Oil (VCO). Berapa jenis produk ibu-ibu gunakan untuk si bayi dirumah? Sesetengah ibu ada yang menggunakan minyak rambut bayi, losyen bayi, krim ruam lampin, baby balm, massage oil untuk bayi, sunscreen bayi, dan macam-macam lagi. Banyak yang perlu dibelanjakan tetapi kerana sayang, semua itu sanggup dibeli. Tapi, ibu kadang-kadang merungut kerana bila benda-benda tersebut mahu digunakan, entah hilang ke mana. Tahukan Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut oil ialah satu-satunya produk yang boleh menggantikan minyak rambut, minyak urut, krim ruam lampin, losyen bayi, dan ubat luka? Menggunakan VCO sahaja lebih menjimatkan dan bayi terhindar daripada kesan bahan kimia didalam produk bayi yang semakin berleluasa sekarang.
Minyak kelapa dara selamat untuk digunakan pada kulit bayi untuk pelbagai kegunaan. Ibu senang hati menyimpan, duit pun jimat. Antara kelebihan menggunakan VCO ialah:
1. Paling utama ialah menjimatkan wang.
2. Menjimatkan masa kerana senang disimpan dan dicari disatu tempat.
3. Tidak mempunyai bahaya bahan kimia.
4. Boleh digunakan untuk rambut, kulit, mencegah ruam, merawat luka, dan mengurut badan bayi.
5. Mudah didapati di Malaysia dan harganya murah.
Kegunaan Virgin Coconut Oil Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak
Rambut: Baby oil selalunya diperbuat daripada mineral oil. Sejenis minyak tanah yang dihasilkan dari petroleum. Mineral oil tidak mempunyai apa-apa khasiat dan ia cuma memerangkap lapisan air pada rambut dan kulit untuk mengelakkan daripada kering. Pilihan yang lebih sihat ialah dengan menggunakan minyak tumbuh-tumbuhan seperti Minyak Kelapa Dara. Ia mempunyai VItaminE dan bahan antioksidan yang memelihara kesihatan rambut. Ia juga mencegah kulit kepala bayi daripada kulit mati, jangkitan kulat, jangkitan kuman, dan melebatkan rambut.
Kulit: Virgin coconut oil melembapkan kulit sehingga kelapisan lipid sel kulit. Ia mengatasi masalah kulit kering pada bayi, kanak-kanak, mahupun orang dewasa. Bagi bayi yang mengalami masalah kulit ekzema, psoriasis, rua, dan kulit kering, Vitamin E dan antioksidan didalam minyak kelapa dara memelihara kulit dan melindunginya daripada masalah kulit tersebut. Kulit bayi akan sentiasa lembap dan halus apabila mengamalkan penggunaan minyak kelapa dara dari awal.
Merawat luka: Minyak kelapa dara mengandungi bahan antibakteria, antikulat, dan antimikrobial yang berkesan untuk mencegah jangkitan pada luka. Kulit akan menjadi cepat sembuh tanpa kesan parut yang ketara. Lauric Acid dan Caprylic acid pada minyak kelapa dara merupakan bahan yang melindungi kulit daripada jangkitan kulat dan memelihara kesihatan kulit bayi mahupun orang dewasa.
Mencegah ruam lampin: Ruam lampin mudah berlaku pada bayi kerana asid pada najis, ammonia pada air kencing, ataupun jangkitan kulat  menyebabkan kulit bayi timbul ruam yang gatal. Bayi akan kerap menangis kerana berasa tidak selesa akibat ruam lampin. Lampin yang kotor atau lampin pakai buang dari bahan yang tidak sesuai juga memberikan iritasi pada kulit bayi dan menyebabkan ruam. Dengan menggunakan minyak kelapa dara, lapisan pelindung dapat diberikan pada kulit bayi untuk mengelakkan kulit bayi terdedah dengan faktor penyebab ruam tersebut. Ia juga melindungi kulit bayi dari jangkitan kulat dan kuman dengan bahan antibakteria dan antifungi semulajainya. Sekiranya anda bertanya dengan ibu yang menggunakan minyak kelapa dara ataupun minyak semulajadi yang lain untuk mencegah ruam lampin, anda pasti terkejut kerana bayi mereka tidak pernah mengalami ruam dibahagian tersebut.
Minyak Urutan Bayi: Minyak kelapa dara amat sesuai digunakan sebagai minyak urutan bayi. Mengurut bayi boleh melancarkan sistem peredaran darah dan memberikan kesan yang menenangkan. Oleh itu bayi boleh tidur lebih lena disamping menyihatkan kulit bayi.
Melegakan gatal: Kulit akan terasa gatal disebabkan oleh gigitan serangga atau kulit yang kering. Untuk melegakan rasa gatal dengan cepat, sapukan minyak kelapa dara pada kulit bayi atau kanak-kanak. VCO mengandungi bahan antiinflammatory yang mengawal reaksi alahan dan rasa gatal dengan cepat.
Melindungi Kulit: Pengkaji mendapati minyak kelapa dara dapat mengurangkan 20% kesan UV dari matahari ke atas kulit. Ia bukanlah sunscreen, tetapi ia boleh memastikan kulit terlindung daripada kesan selaran matahari. Dengan kandungan Vitamin dan antioksidan didalam VCO, kulit yang terdedah dengan matahari dapat diperbaharui dan diperbaiki dengan cepat.
Bagaimana Minyak Kelapa Dara Diproses?
Minyak kelapa dara diperbuat daripada santan kelapa. Santan tersebut diperam semalaman untuk memisahkan air dan minyak. Ia amat mudah diproses dirumah dan santan dari sebiji kelapa boleh membekalkan lebih kurang 200-300ml minyak kelapa dara.
Minyak kelapa dara yang dihasilkan tanpa proses pemanasan mempunyai aroma yang wangi seperti santan itu sendiri. Warnanya juga jernih seperti air biasa. VCO amat digalakkan untuk bayi kerana ianya bebas bahan kimia, mempunyai haruman yang menenangkan, dan tinggi dengan khasiat semulajadi yang amat baik untuk kesihatan kulit. Untuk penerangan yang lebih lanjut, sila baca disini.
Produk Minyak Kelapa Dara Untuk Kegunaan Bayi, Kanak-Kanak dan Orang Dewasa
Minyak kelapa dara COSWAY di import dari negara Filipina. VCO ini diperbuat tanpa menggunakan haba dan ianya 100% asli tanpa sebarang campuran pewarna, pengawet, dan pewangi. Boleh didapati di semua outlest COSWAY diseluruh negara.
Baby Blossom baby oil menggunakan minyak kelapa dara sebagai bahan utama. DItambah dengan essential oil terpilih untuk baby oil normal skin dan juga baby oil sensitive skin. Baby Oil normal skin mengandungi lavender oil dan dill oil. Manakala baby oil untuk sensitive skin pula mengandungi saflower oil dan chamomile oil.
Minyak kelapa dara keluaran Sabah, Malaysia ini mengandungi 100% minyak kelapa dara tulin. Tidak mempunyai pengawet, pewarna dan pewangi tiruan. Amat sesuai untuk digunakan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Minyak kelapa dara dari Hana Borneo boleh didapati dalam saiz yang mudah dibawa. Amat sesuai untuk digunakan dalam perjalanan untuk melindungi kulit dari kesan panas matahari. Kepada yang sering travelling, Hana Borneo VCO boleh digunakan untuk penjagaan kulit dan rambut.

1 ulasan: