Baby Blossom Baby Oil Untuk Kulit Sensitive (For Sensitive Skin)




Baby Blossom Baby Oil Untuk Kulit Sensitive (For Sensitive Skin)

Baby Blossom Baby Oil adalah produk penjagaan untuk kulit bayi yang sensitif. Mengapa kulit bayi boleh menjadi sensitif terhadap faktor-faktor tertentu? Menurut Parenting.Com kulit bayi boleh menjadi sensitif sejak dari dalam kandungan lagi disebabkan oleh sistem hormon ibu yang tidak seimbang dan pencemaran bahan kimia dari makanan dan produk penjagaan diri. Kulit bayi juga boleh menjadi sensitif apabila menggunakan sabun yang mempunyai bahan kimia seperti SLS (sodium laureth sulfate) dan juga Fragrance. Oleh itu, disyorkan supaya memandikan bayi dengan sabun yang tanpa pewangi tiruan (scented-free) dan kurangkan pendedahan bahan kimia kepada bayi seperti minyak wangi, losyen badan, dan bedak talkum.

Kulit bayi juga boleh menjadi sensitif apabila terdedah dengan bahan kimia didalam sunscreen. Ada ibu-ibu yang menggunakan sunscreen untuk bayi mereka seawal 6 bulan lagi, padahal sunscreen tersebut tidak perlu untuk bayi. Ibu-ibu boleh elakkan bayi mereka daripada terkena pancaran matahari yang berlebihan dengan melindunginya dengan payung dan menutup kulit bayi dengan pakaian yang menutup keseluruhan badan. Punggung bayi pula mengalami ruam sekiranya ia tidak dibersihkan dengan sempurna ataupun basah akibat lampin yang tidak ditukar dengan cepat.

Faktor Penyebab Kulit Bayi Menjadi Sensitif

Kulit bayi lebih halus dari kulit orang dewasa tetapi ada sesetengah kulit bayi yang memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Terdapat beberapa keadaan yang kita perlu kenalpasti untuk mengelakkan kulit bayi timbul ruam, ekzema, dan gatal.

Menurut canadianfamily.ca kulit bayi yang halus boleh menjadi sensitif dan allergik kepada produk yang digunakan dirumah seperti sabun, losyen, sabun pencuci pakaian, mandi yang kerap dan perubahan cuaca. Sekiranya faktor tersebut menyebabkan perubahan atau allergik kepada kulit bayi, ibu perlu mengambil langkah kawalan seperti berikut:

1) Mencuci punggung bayi dengan air yang secukupnya untuk mengelakkan ruam lampin. Sekiranya menggunakan tisu basah, pastikan kandungan tisu basah tersebut tidak memberi kesan allergik pada kulit bayi.
2) Ekzema boleh berlaku sekiranya bayi terdedah kepada debu, asap, asap rokok, mahupun makanan tertentu. Bayi yang mempunyai masalah ekzema perlu menggunakan baju yang lembut dan perlu mandi dengan menggunakan air sabun. Sabun yang digunakan hendaklah mempunyai formulasi jenis lembut sesuai dengan kulit bayi.
Ruam pada badan bayi selalunya disebabkan oleh faktor cuaca. Sekiranya cuaca terlalu panas atau sejuk, kulit bayi boleh menunjukkan ruam sekiranya pakaian bayi terlalu ketat atau terlalu tebal. Untuk mengelakkan ruam bertambah buruk, gunakan baju yang lebih longgar dan pastikan kulit bayi mendapat kelembapan yang cukup.

Bagaimana Baby Blossom Baby Oil Dapat Membantu Kulit Bayi Sensitif?

Minyak bayi Baby Blossom diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi iaitu Minya Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil atau VCO), Saflower Oil, Chamomile Oil dan Lavender Oil. Formulasi dari keempat-empat bahan tersebut membekalkan khasiat yang penting untuk penjagaan kulit bayi sensitif seperti Vitamin, Antioksidan, Anti Bakteria, dan Anti-fungal.

Minyak bayi Baby Blossom tiada pengawet tiruan, tiada bahan kimia, tiada wangian tiruan, tiada Triclosan, tiada Paraben, dan tiada Minyak Mineral yang boleh menyebabkan masalah kulit pada kulit bayi yang sensitif. Dengan penggunaan bahan semulajadi, minyak bayi Baby Blossom mengekalkan kesihatan kulit bayi dan mengelakkan masalah kulit seperti ruam, eczema, dan gatal-gatal kulit daripada berlaku mahupun berulang.

Berikut ialah maklumat lanjut mengenai khasiat yang terkandung didalam bahan-bahan minyak baby Baby Blossom.

Lauric Acid:
Agen antimikrobial dan anti-inflammatory dan khasiat utama didalam VCO untuk mencegah simptom-simptom kulit sensitif pada bayi. Ia juga mencegah jangkitan bakteria, kulat, dan virus pada kulit bayi. Lauric acid juga menjadikan VCO dan sebatiannya untuk menjadi lebih tahan lama (sehingga bertahun-tahun) apabila dibotolkan kerana keupayaannya untuk menghalang perkembangan dan pencemaran kulat, bakteria, dan virus. Lauric acid membantu memulihkan kulit yang mempunyai masalah eczema dan psoriasis, sejenis masalah kulit yang disebabkan oleh hormon yang tidak normal apabila dicetus oleh penyebab allergy dipersekitaran seperti habuk dan debu, dan juga disebabkan oleh faktor-faktor lain..

Minyak Kelapa Dara (VCO):
VCO merupakan minyak semulajadi yang mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Ia boleh mengelakkan masalah kulit kering terhadap bayi yang mengalami masalah kulit sensitif. Kulit yang mempunyai kelembapan seimbang sepanjang hari boleh mencegah kulit bersisik dan kulit menggelupas yang disebabkan oleh kulit kering.

VCO mempunyai kandungan antibakteria, antikulat, antivirus, dan menghalang kulit menjadi bertambah sensitif apabila terdedah dengan faktor persekitaran yang kurang bersih dan pencemaran bahan kimia. Ia mencegah jangkitan apabila kulit terluka dan menyembuhkan luka dengan cepat.

Vitamin E yang terdapat didalam VCO menggalakkan proses penghasilan sel-sel kulit yang sihat untuk menggantikan sel kulit yang rosak akibat eczema, psoriasis, ataupun ruam lampin. Dengan menggantikan sel kulit rosak kepada sihat, Vitamin E yang cukup membantu memastikan kulit untuk sentiasa sihat tanpa masalah dan mencegah pembentukan sel-sel kulit yang tidak normal akibat allergy , masalah eczema, dan ruam lampin pada bayi.

Saflower Oil:
Juga merupakan minyak yang berfungsi sebagai pelembap semulajadi yang membantu kulit sensitif supaya sentiasa lembap secara seimbang dan menghalangnya daripada menjadi kering sepanjang hari. Mencegah kulit kering amat penting untuk kulit sensitif kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan bayi menjadi tidak selesa.

Ia mengandungi bahan antioksidan untuk mencegah kerosakan sel kulit bayi sensitif. Oleh itu, masalah seperti ruam, eczema, dan iritasi kulit dapat dielakkan dengan membekalkan nutrient yang diperlukan oleh kulit bayi setiap hari. Sekiranya bayi mengalami masalah ruam dan eczema, sapukan minyak bayi Baby Blossom untuk melembapkan semula kulit dan membaiki sel-sel kulit dikawasan eczema supaya kulit bayi kembali normal. Ia juga memberi kesan yang sejuk pada kulit bayi dan mengelakkan kulit bayi menjadi kering dimasa akan datang.

Minyak Chamomile (Chamomile oil)
Juga merupakan minyak yang berfungsi sebagai pelembap kulit semulajadi yang boleh menghalang masalah kulit kering dan sensitif pada bayi. Minyak Chamomile telah digunakan bertahun-tahun lamanya sejak zaman dahulu kerana ia amat berkesan untuk mengekalkan kesihatan kulit bayi dan juga orang dewasa. Minyak semulajadi ini mengandungi bahan anti bakteria, anti fungal, dan antiinflammatory dalam mengekalkan kesihatan kulit bayi.

Ia boleh membaiki kulit yang rosak akibat matahari, melembapkan kulit yang kering, dan menghalang ruam lampin pada bayi. Ia mempunyai aroma yang menenangkan dan ia menstabilkan emosi bayi yang tidak selesa akibat ruam, eczema, dan kegatalan. Oleh itu, dengan emosi bayi yang lebih tenang, proses penyembuhan kulit bayi sensitif juga akan menjadi lebih cepat dan mudah.

Minyak Lavender (Lavender Oil)
Aroma dari Lavender oil amat diminati oleh ibu-ibu untuk simanja mereka. Aromanya amat menenangkan dan terbukti berkesan untuk memudahkan bayi tidur nyenyak. Kelebihan ini memberi peluang kepada kulit bayi untuk sembuh dengan lebih cepat.

Selain daripada itu, ia juga mengandungi bahan antioksidan, antibakteria, dan antiinflammatory seperti bahan-bahan yang lain. Oleh itu, minyak bayi Baby Blossom bukan sahaja wangi secara semulajadi, tetapi penuh dengan khasiat yang membantu kulit sensitif sentiasa sihat dan tercegah daripada masalah kulit yang lain.

Kulit Bayi Sensitif Boleh Diubati Menggunakan Corticosteroid, Mengapa Bahan Semulajadi Lebih Baik?
Sekali lagi dinyatakan, inikan bayi wahai para ibu-ibu sekalian. Sedangkan doktor pakar sendiri pun mencadangkan supaya elakkan bayi daripada terdedah kepada sebarang bahan kimia dari awal untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain. Dr. Anna Feldweg didalam artikel kesihatannya menyebutkan kanak-kanak yang menggunakan Corticosteroid untuk perubatan mempunyai kesan sampingan pada tulang iaitu pembentukan osteoperosis (tulang mereput) secara kronik (jangkamasa panjang).

Menurut Patient.Info coritcosteroid ialah sejenis steroid lemah untuk eczema tetapi pengguna selalu tidak menggunakannya  dengan dos yang betul. Sebab itula kesan sampingan yang tidak diingini timbul dan kulit bayi bertambah rosak dan susah disembuhkan. Kulit bayi bertambah ruam dan menjadi gelap akibat kulit rosak yang terhasil berlapis-lapis dan gagal untuk disingkirkan melalui proses penyembuhan kulit yang sepatutnya teratur. Oleh itu bahan semulajadi di cadangkan oleh pakar kulit dan doktor pakar kerana ia tidak menimbulkan kesan sampingan sedemikian sekiranya digunakan dengan dos yang tidak tepat. Bahkan, minyak bayi dari bahan semulajadi boleh digunakan setiap hari untuk mencegah masalah kulit dan membekalkan kulit dengan nutrient yang secukupnya.

Minyak Kelapa Dara Amat Mudah Untuk Dibuat Sendiri?
Ya, betul. Walaupun kita tidak mempunyai masa untuk memproses minyak kelapa dara dirumah, tetapi sekurang-kurangnya pengetahun mengenai cara-cara pembuatan minyak kelapa dara kita perlu tahu.

VCO mempunyai permintaan yang amat tinggi didalam dan diluar negara kerana keberkesanannya untuk mencegah masalah kulit sensitif dan mengekalkan kecantikan kulit. Cara menggunakannya juga amat mudah samada disapu terus ke kulit ataupun diminum supaya badan kita memperolehi khasiat yang bermanfaat daripada VCO.

Minyak Kelapa Dara diperbuat daripada santan kelapa. Santan kelapa yang diperah akan disimpan didalam bekas semalaman supaya kandungan air, minyak, dan sisa kelapa betul-betul terbentuk dan terpisah sesama sendiri.

Lapisan sisa kelapa akan berada diparas atas sekali, manakala minyak kelapa akan berada ditengah dan lapisan dibawah sekali ialah air. Anda boleh menggunakan apa jua cara yang mudah untuk anda untuk mengeluarkan air dan sisa kelapa tersebut, dan salah satu contohya ialah seperti  video ini.

Simpan minyak kelapa dara tersebut didalam botol dan ianya boleh digunakan bertahun-tahun tanpa masalah.

Beza Minyak Kelapa Dara Dan Minyak Kelapa Biasa
Secara ringkasnya, minyak kelapa dara boleh dibezakan dengan minyak kelapa biasa dengan pelbagai cara iaitu dari segi pembuatan, aroma, dan warna.

Minyak Kelapa Dara VS Minyak Kelapa Biasa: #Proses
Dari segi pemprosesan, minyak kelapda dara diproses lebih lama dan tidak melibatkan pemanasan santan untuk mengeluarkan minyaknya. Deen K dari India membuat minyak kelapa sendiri dirumah melalui proses pemanasan. Minyak kelapa dari proses ini cepat dihasilkan tetapi kandungan khasiatnya dan aromanya berkurangan akibat terdedah kepada haba. Manakala video dokumentari Ditjen PMD Multimedia dari Indonesia menunjukkan cara penghasilan Minyak Kelapa Dara tanpa menggunakan haba dan minyak yang dihasilkan lebih berkualiti dan jernih.

Minyak Kelapa Dara VS Minyak Kelapa Biasa: #Warna
Warna Minyak Kelapa Dara lebih jernih, lebih kurang seperti air biasa. Manakala minyak kelapa yang dihasilkan melalui proses pemanasan lebih berwarna kuning.

Minyak Kelapa Dara VS Minyak Kelapa Biasa: #Aroma
Aroma Minyak Kelapa Dara sama seperti santan. Seolah-olah anda memakai minyak wangi seperti santan kelapa yang harum. Aroma minyak kelapa biasa tidak wangi dan berbau seperti minyak masak didapur bergantung kepada jumlah haba yang didedahkan semasa proses pembuatan. Oleh itu, minyak kelapa yang sesuai untuk bayi semestinya Minyak Kelapa dara kerana lebih wangi dan aromanya disenangi oleh bayi dan ibu.

Minyak Kelapa Dara dihasilkan dikebanyakan negara diAsia, Afrika, mahupun dinegara maju. Pelabur-pelabur asing lebih suka membeli minyak kelapa di Asia kerana lebih murah dan tidak terdedah dengan penipuan bahan. Ada syarikat tertentu yang menghasilkan Minyak Kelapa Dara palsu dengan cara melunturkan warna minyak kelapa biasa dengan alcohol atau bleaching supaya lebih jernih dan menambahkan wangian santan tiruan untuk memberi aroma santan seperti didalam Minyak Kelapa Dara semulajadi. Oleh itu, berhati-hati ketika membeli VCO lebih-lebih lagi dari negara yang bukan pengeluar minya kelapa utama dunia.

Ingin Mencuba Baby Blossom Baby Oil Hari Ini?
Anda boleh membuat pesanan melalui online disini. Perkhidmatan penghantaran melalui poslaju dan pesanan anda boleh dihantar kealamat Malaysia mahupun diluar negara. Anda juga boleh bertanya lanjut mengenai produk dan masalah kulit kepada kami melalui google+, facebook, dan emel.

Jangan segan-segan untuk bertanya ya.
#MalaysiaLoveNatural
#BorneoBlossom
#BabyBlossom
#NaturalRemedy
#NoChemical
#HealthyIsPriceless




Tiada ulasan:

Catat Ulasan