Kenapa
Bibir Berwarna Gelap?
Salah
satu ialah warna tersebut ialah warna asli sejak lahir, tetapi kes ini jarang
berlaku di negara kita mahupun Asia. Faktor kedua ialah kerana tabiat sendiri
yang merosakkan warna bibir seperti merokok, terdedah pada panas matahari,
kurang minum air, kosmetik yang tinggi bahan kimia, kebersihan diri, tidak
mengamalkan pemakanan sihat dan menyebabkan bibir tidak menerima nutrient secukupnya.
Tips
Untuk Memulihkan Warna Merah Asli Bibir
1)Minyak
Zaitun (Olive Oil)
Bahan
ini mudah didapati dan harganya ditentukan mengikut kualiti minyak zaitun itu
sendiri. Minyak zaitun yang asli mempunyai kandungan nutrient dan antioksidan
yang tinggi. Hanya sapukan minyak zaitun pada bibir 2 kali sehari untuk
membekalkan nutrient penting pada kulit bibir. Bibir yang sihat akan
mengekalkan warna merah aslinya.
2)
Gula
Gula
amat mudah didapati di negara kita. Selain daripada memaniskan masakan dan
minuman, ia boleh digunakan untuk dijadikan skrub bibir. Skrub bibir berfungsi
untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati pada bibir.
Untuk
membuat skrub sendiri, campurkan satu sudu gula, madu, dan setengah sudu minyak
badam (sweet almond oil). Gaulkan sebati dan simpan didalam bekas yang sesuai
dan bertutup. Gunakan setiap minggu untuk mengekalkan kulit bibir yang sihat.
3)
Buah Delima
Buah
delima mudah ditanam dan berkhasiat. Ia juga boleh menyihatkan bibir dan
mengembalikan warna aslinya. Jus buah
delima boleh ditambahkan pada campuran skrub bibir untuk menambahkan nutrient
dan warna merah asli bibir lebih cepat dikembalikan.
4)
Timun
Timun
mudah ditanam dan mempunyai khasiat untuk mencerahkan kulit. Sapukan cebisan
timun pada bibir dan biarkan bibir menyerap lembapan dari timun untuk beberapa.
Cara mudah ini boleh dilakukan setiap hari untuk melembapkan dan mengekal warna
merah asli pada bibir.
5)
Madu
Madu
asli mudah didapati dinegara kita, dan yang terbaru madu kelulut mudah
diternak dikawasan rumah kita. Madu
mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.
Sapukan madu pada bibir untuk melembapkan bibir dan mengembalikan warna asli
bibir yang merah. Sapu lapisan nipis madu pada bibir sebelum tidur dan boleh
dicuci apabila bangun pagi. Warna bibir akan serta merta menjadi pink atau
kemerah-merahan. Cara ini juga boleh dilakukan setiap hari.
6)
Minyak Badam
Minyak
badam lebih kepada penambah perisa dan ditambahkan kepada salad. Untuk kegunaan
kecantikan, minyak badan sesuai digunakan untuk kulit dan rambut. Sapukan minyak
badam pada bibir sebelum tidur dan biarkan semalaman. Cuci pada sebelah pagi
dan warna merah pada bibir dapat dikembalikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan