Halaman

Sabun Rainbow Homemade Teknik Melt And Pour



Teknik melt and pour dalam pembuatan sabun homemade semakin diminati dinegara kita. Soap base boleh dibeli secara online atau boleh dibeli secara terus dimana-mana kilang yang mengeluarkan produk tersebut. Penggemar sabun homemade dapat menghasilkan sabun dirumah dengan lebih mudah dan menghasilkan sabun-sabun yang cantik dan menarik kerana mudahnya teknik melt and pour ini.
Sabun Homemade Menggunakan Teknik Melt and Pour
Teknik ini menggunakan bahan utama iaitu soap base. Soap base dicairkan terlebih dahulu sebelum ditambah pewarna, pewangi atau essential oil. Selepas dicampurkan, campuran ini dituang kedalam acuan untuk dikeraskan. Soap base yang terdapat dipasaran selalunya soap base goat milk, clear glycerin soap base, honey soap base, Shea butter soap base, dan opac glycerin soap base.
Clear Glucerin Soap Base. Biasanya dijual dalam 1kg.
Soap base ialah sejenis sabun yang boleh dicairkan supaya pembuat sabun homemade dapat menambah pewarna, essential oil, herba atau pewangi yang disukainya. Soap base juga dicadangkan untuk digunakan kepada sesiapa yang tidak mahir dalam membuat sabun dari teknik cold process.
Opaque Soap Base
Kelebihan Sabun Teknik Melt and Pour ialah ia cepat dan mudah. Soap base yang digunakan telah memudahkan kita daripada membuat sabun dari minyak dan lye. Ia juga cepat dan menjimatkan masa kerana sabun cold process perlu ditunggu sehingga 4-12 minggu sebelum boleh digunakan kerana kita perlu menunggu proses saponifikasi menjadi lengkap. Manakala sabun dari teknik melt and pour cuma memerlukan 24jam untuk siap dan boleh terus digunakan.

Sabun Rainbow Teknik Melt and Pour (Teknik MP)
Sabun rainbow diminati kerana sabun ini berwarna warni. Ianya mudah dibuat sendiri dirumah tetapi ia mengambil masa lebih kurang 2jam 30minit bergantung kepada lapisan yang dibuat. Berikut ialah peralatan yang diperlukan untuk membuat sabun rainbow sendiri dirumah menggunakan teknik MP.
Sediakan acuan, pewarna, essential oil dan peralatan lain yang diperlukan.
Peralatan:
Soap base: Pilih soap base kegemaran anda dan goat milk soap base atau opaque soap base lebih sesuai kerana warna pelangi akan lebih terserlah.

Pewarna: Pewarna jenis serbuk atau jenis cecair boleh digunakan untuk mewarnakan sabun rainbow. Pewarna ini perlu dicampurkan kepada soap base apabila dicairkan secukupnya. Sila dapatkan pewarna khas untuk pembuatan sabun yang dijual secara online atau dijual dikilang berdekatan anda. Pewarna makanan atau pewarna lukisan tidak sesuai kerana ia boleh pudar dan tidak selamat untuk kesihatan kulit.

Acuan: Gunakan acuan silicon supaya sabun lebih mudah dikeluarkan dan mendapatkan bentuknya.

Essential Oil: Soap base tidak mempunyai sebarang warna, herba, ataupun wangian. Untuk menambahkan ciri-ciri khas atau signature dan khasiat tambahan pada sabun homemade kita, essential oil boleh ditambahkan. Minyak seperti olive oil dan virgin coconut oil boleh ditambahkan pada kadar yang secukupnya kerana jika berlebihan ia boleh mempengaruhi kualiti buih pada sabun yang dihasilkan nanti.

Tips Keselamatan
Untuk mencairkan sabun soap base, sabun tersebut perlu dipotong kecil-kecil dan dicairkan didalam periuk khas atau “soap kettle”. Proses pemanasan ini perlu dilakukan didalam bilik yang khas supaya tidak diganggu oleh kanak-kanak ataupun haiwan peliharaan. Pastikan anda menggunakan glove tangan yang panjang untuk melindungi tangan daripada suhu yang panas semasa mengendalikan sabun.

Sabun rainbow perlu dilapiskan satu persatu dan setiap lapisan memerlukan kira-kira 30minit sebelum bersedia untuk dituangkan lapisan seterusnya. Sekiranya lapisan dibawah terlalu panas atau masih cair, lapisan atas yang dituang nanti akan bercampur dan sabun rainbow yang sempurna tidak dapat dihasilkan. JIka lapisan atas terlalu panas atau terlalu sejuk, sabun rainbow yang dipotong nanti akan pecah.

Sabun Rainbow Teknik MP 101
Masa diambil 2 jam 30 minit
Potong soap base kecil-kecil supaya mudah dicairkan.
Setelah cair, campurkan essential oil,pewangi dan pewarna mengikut turutan.
Tuang dialam acuan pilihan anda
Gunakan spray Alcohol (Alcohol rub) untuk menghilangkan buih diatas sabun
Ulang dengan warna yang seterusnya
Spray Alcohol rub sebelum lapisan seterusnya dituang. Pastkan tunggu 30 minit sebelum lapisan dituangkan.
Tuangkan lapisan satu persatu setiap 30minit

Tuangkan lapisan satu persatu setiap 30minit
Sabun dibiarkan sejuk dalam tempoh 24jam
Selepas 24jam, keluarkan sabun untuk dipotong
Untuk mendapatkan lapisan yang sempurna, pastikan setiap lapisan mempunyai jumlah berat yang sama
Sabun tidak pecah apabila dipotong dengan pisau sekiranya alcohol rub disembur dan setiap lapisan dituang selang 30minit.
Potongn ikut tebal yang disukai
Sabun Rainbow Siap!
Mudah saja bukan? Jangan lupa untuk mencuba sendiri dirumah untuk kegunaan sendiri ataupun untuk memulakan perniagaan sabun homemade anda. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan