Halaman

Manfaat Aloe Vera Untuk Kecantikan dan Kesihatan Kita (Mesti Baca!)



Aloe Vera bukan sahaja mudah ditanam dan didapati dinegara kita, tetapi khasiatnya amat sempurna untuk kecantikan kulit wanita, mahupun semua peringkat umut. Ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam kecantikan dan kesihatan. Orang Mesir pada zaman dahulu menggelar tumbuhan ini “tumbuhan kehidupan”
Sejak zaman dahulu kala lagi, aloe vera digunakan untuk kecantikan kulit terutamanya untuk merawat kesan selaran matahari. Sekiranya kita tidak tahu, aloe vera merupakan sejenis pokok kaktus yang termasuk didalam Liliaceae family. Oleh itu, ia amat mudah tumbuh ditempat-tempat yang kering dan negara-negara di Asia. Negara seperti India dan Africa telah menggunakan aloe vera sejak beratus tahun didalam perubatan mereka. 

Daun aloe vera mengeluarkan sejenis lendir dari gel didalamnya. Ia mengandungi pelbagai khasiat dan boleh disapu terus kepada kulit untuk menyembuhkan luka dan untuk menyihatkan kulit. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengkaji sejauh mana keupayaan aloe vera dalam menyembuhkan masalah kulit dan kesihatan seperti menyembuhkan kulit kering, meremajakan kulit, mahupun menyihatkan rambut.

Ternyata aloe vera amat berkesan dalam menyembuhkan luka dan kesan terbakar pada kulit. Ia juga menghalang jangkitan kuman pada kulit, cysts, mencegah diabetes, dan meningkatkan paras lipid didalam darah. Aloe vera amat sesuai untuk digunakan dalam mencegah dan merawat ekzema, herpes, kelemumur, psoriasis, ulser kulit dan kulit bersisik.

Manfaat Utama Gel Aloe Vera

Didalam daun aloe vera, terdapat gel yang boleh mengeluarkan lendir. Bahan inilah yang digunakan untuk merawat kulit dan masalah kesihatan yang lain. Ia boleh disapu terus kepada kulit ataupun dicampurkan pada minuman. Berikut ialah manfaat utama gel aloe vera.

1. Merawat Sunburn 

Malaysia negara yang ada 2 iklim sahaja. Mustahil penduduk Malaysia tidak pernah mengalami sunburn. Remaja yang aktif bersukan selalu mengalami sunburn. Pekerja JPJ yang selalu bekerja ditengah panas jalanraya confirm sunburn. Guru-guru yang putih melepak tapi bila hari sukan sekolah terpaksa bertugas di tengah padang yang panas, confirm juga sunburn. Dan banyak lagi kisah sunburn yang kita tahu tetapi tidaklah sempat untuk dikongsikan disini. Aloe vera mempunyai manfaat dari segi mempercepatkan proses penyembuhan kulit akibat kesan kerosakan oleh sinar UV. Aloe vera dengan kuasa penyembuhannya sehingga ke kawasan epithelial, iaitu lapisan sel yang berada diseluruh badan. Ia membantu melindungi lapisan ini dan mengekalkan kelembapan kulit yang normal. Aloe vera tinggi kandungan antioksidan dan nutrient, oleh itu kulit sunburn sembuh dengan lebih cepat daripada biasa. Orang Malaysia tetapi tiada alovera dirumah, memang rugi kalau tidak tahu kebaikan aloe vera untuk kulit mereka.

2. Pelembap Kulit Yang Terbaik

Selain daripada pelembap semulajadi yang berasaskan minyak, Aloe Vera juga pelembap kulit semulajadi dan yang lebih menarik ialah aloe vera melembapkan kulit tanpa kesan berminyak. Kepada sesiapa yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, menggunakan pelembap berasaskan essential oil mungkin kurang selesa dan tidak boleh dilakukan dengan kerap. Oleh itu, mereka boleh selang seli menggunakan aloe vera sebagai pelembap muka. Untuk lelaki, aloe vera sesuai digunakan selepas bercukur untuk menyembuhkan kulit yang terluka dan mengelakkan jangkitan pada kulit

3. Mencegah Jerawat
Gel aloe vera mengandungi 2 jenis hormon iaitu Auxin dan Gibberellins. Dua hormon ini mempercepatkan proses penyembuhan kulit dan mengurangkan risiko iritasi dan alahan. Giberellin pada aloe vera bertindak sebagai pemangkin hormon yang menghasilkan sel-sel baru.  Dengan gabungan dua hormon ini, kulit dapat disembuhkan dengan cepat tanpa kesan parut yang ketara pada kulit yang berjerawat. Dalam perubatan yang lain, aloe vera juga digunakan untuk merawat ekzema dan psoriasis.

4. Mencegah Penuaan Kulit

Apabila umur semakin meningkat, kulit semakin hilang keanjalan dan kedut mula muncul. Aloe vera mengandungi pelbagai kandungan antioksidan seperti beta carotene, Vitamin C, dan Vitamin E yang membantu dalam mengekalkan kulit yang muda dan sihat. Antioksidan ini juga mengekalkan keanjalan kulit tanpamengira usia dan mengekalkan kelembapannya.

5. Menghilangkan Stretch Mark

Kesan stretch mark boleh kelihatan terutama kepada ibu mengandung dan juga sesiapa yang berjaya menurunkan berat badan. Kulit kita yang elastik sekiranya direnggangkan akibat perut semasa mengandung dan bertambah berat badan, keanjalan kulit akan hilang dan muncullah stretch mark. Aloe vera menyembuhkan kulit yang mempunyai kesan stretch mark dan mengembalikan keadaan kulit asal dengan penggunaan berterusan.

Uji Aloe Vera Segar Selama 7 Hari Dan Lihat Perbezaannya

Kehebatan aloe vera dalam menyembuhkan dan meremajakan kulit memang tidak dinafikan lagi dan ia telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu. Ia juga memnjadi bahan utama didalam kebanyak produk skincare didunia kerana nutrient seperti aktioksidan, vitamin, dan mineral didalam aloe vera diakui ramai berkesan menyembuhkan kulit rosak.

Apabila kita menggunakan aloe vera ke atas kulit selama 7 hari, inilah kesan yang dapat dilihat pada kulit kita.

1. Jerawat Hilang

Aloe vera bukan sahaja tinggi antioksidan tetapi tinggi kangungan antibakteria. Nutrient antibakteria membantu mencegah jerawat yang berpunca daripada kuman. Antioksidan poluphenols didalam aloe vera menyekat pertumbuhan jerawat dan mencegah daripada jangkitan jerawat yang baru.

2. Memutihkan kulit

Apabila sunburn, kulit akan menjadi gelap kerana kulit mati yang terkumpul dipermukaan dan juga perlindungan UV daripada melanin. Secara semulajadi, kulit akan sembuh sendiri dalam masa 28hari tanpa rawatan. Tetapi dengan menggunakan aloe vera, kulit akan menjadi lebih putih dan kulit mati akan tanggal dalam masa 1-7hari sahaja. Kulit yang teruk diselar matahari juga dapat dipulihkan semula dalam 9 hari sahaja.  I

3. Kedutan Hilang

Apabila kita lihat seseorang yang berumur 30-40an tetapi masih kelihatan seperti 20an, tentu mereka memberi pelbagai jawapan untuk merahsiakan produk kecantikan mereka. Anda tidak perlu ikut orang lain untuk kelihatan muda berseri. Aloe vera merupakan tumbuhan semulajadi yang diciptakan khas untuk perubatan dan kecantikan. Tumbuhan semulajadi lebih sempurna dan stabil daripada produk yang dikilangkan dan menggunakan bahan kimia diluar sana, maklumlah, bahan kimia ialah buatan manusia semata-mata yang tidak sempurna. Saintis telah mendapati nutrients didalam aloe vera telah meremajakan semula kulit wanita yang berumur diantara 30-45 tahun menerusi kajian khas. Penggunaan aloe vera dalam rutin penjagaan kulit secara konsisten telah mengembalikan kulit yang muda dan mengaktifkan penghasilan kolagen weawal 90 hari. Kulit mereka menjadi lebih muda dan langsung tiada kedutan.

4. Mencegah Kulit Kering

Aloe vera merupakan natural remedy untuk mencegah jerawat dan menghilangkan parut jerawat. Ia mengandungi bahan antimairobial yang mencegah jerawat. Pada masa yang sama, gel aloe vera yang mengandungi air melembapkan kulit serta merta. Kulit berjerawat akan menjadi lebih teruk apabila kering kerana ia mudah terluka dijangkiti kuman. Kulit yang lembab akan lebih elastik dan kuat, oleh itu tidak mudah terluka dan ditembusi oleh kuman. Aloe vera melembapkan kulit tidak kira untuk lelaki atau perempuan. Ia melembapkan kulit, membersihkan, menganjalkan dan tidak menyumbat pori-pori.

Cara Mudah Resipi Mask Aloe Vera

Anda boleh menggunakan mask aloe vera setiap hari. Ia boleh mengatasi masalah kulit dan mengurangkan iritasi kulit disamping mengembalikan kulit yang berseri dan lembap setelah terdedah dengan matahari, debu, air-con dan make up sepanjang hari. Dengan menggunakan aloe vera setiap hari, kulit anda akan menjadi sihat selalu.

1. Aloe vera yang dipotong dari tangkainya perlu dicuci terlebih dahulu untuk menyingkirkan tanah.
2. Tekan aloe vera dengan lembut untuk mengeluarkan gel
3. Potong daun aloe vera kepada 5 bahagian untuk mengelakkan pembaziran
4. Simpan bahagian aloe vera didalam kontena plastik dan simpan didalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.
5. Ambil satu bahagian aloe vera yang dipotong tadi dan belah kepada dua.
6. Sapukan gel pada muka dan biarkan gel aloe vera meresap
7. BIarkan dalam 20 minit sebelum dibilas dengan air.
8. Bilas dan lapkan muka dengan tuala yang bersih.
9. Sebaik-baiknya rutin ini dilakukan selepas mencuci muka.

Produk Berasaskan Aloe Vera
Tiada pokok aloe vera dirumah? Baiklah, sebagai alternatif kita mempunyai beberapa produk yang menjual gel aloe vera untuk kecantikan kulit. Produk berikut menggunakan aloe vera sebagai bahan utama dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Maklumat mengenai produk dan pembelian online disediakan seperti berikut:



 Nature gel berasaskan aloe vera keluaran Malaysia. Mengandungi gel aloe vera 99%. Sesuai untuk merawat masalah kulit kering, kulit berjerawat, dan mencegah penuaan kulit.



Sesuai digunakan untuk seisi keluarga. Tidak dicampur air dan bebas dari bahan kimia seperti Fragrance, petrochemicals, dan paraben. Tidak melekit dan meresap ke dalam kulit dengan mudah.


100% semulajadi dan tidak mempunyai pewarna, Fragrance, alkohol dan terdiri daripada, 99.75% aloe vera organik. Sesuai digunakan untuk melembaokan kulit, mengawal kelemumur, dan selepas mencukur.



Supplemen untuk kesihatan sistem pencernaan, kesihatan kulit, otot dan sendi.



Mengandungi 99.75% aloe vera organik. Gunakan sebagai pelembap kulit dan rambut. Mudah meresap dan tidak melekit.

1 ulasan:

  1. Sekiranya anda mau produk review seperti ini, boleh hubungi saya ya. 😊

    BalasPadam