Halaman

Keperluan Detox Untuk Kecantikan dan Kesihatan



Sekiranya bahan kimia terkumpul didalam badan kita, ia boleh menjadi toksin yang memberikan kesan negatif kepada kesihatan. Kesan negatif ini boleh kelihatan pada kulit dan kita boleh rasakan sendiri badan menjadi lemah dan mudah jatuh sakit. Ketahui keburukan bahan kimia dan cara untuk menyingkirkan toksin (detox) dengan kaedah semulajadi hari ini.

7 Tanda Badan Mengandungi Banyak Toksin
Pada zahirnya, kita kelihatan sihat, tetapi apabila badan kita dipenuhi toksin, kita rasa tidak bersemangat dan fikiran seolah-oleh terganggu. Kita tidak cergas seperti biasa dan rasa betul-betul malas. Kita juga terganggu kerana perut kita tidak macam ada yang tidak kena, selalu rasa pening kepala, dan cepat melenting. Seolah-olah ada saja yang tidak kena.

Gangguan-gangguan sepeti ini menyebabkan kerja-kerja harian kita terasa susah. Ianya Cuma gangguan dan kita tidak mungkin berjumpa doctor kalau setakat sakit kepala, perut memulas, atau stress sebab kita boleh “bertahan”.

Sebenarnya, sesuatu yang tidak kena pada badan kita ialah kandungan toksin. Kita hidup dikelilingi oleh toksin dari produk yang kita pakai, makanan segera yang kita makan, dan persekitaran kita yang tercemar terutama sekali dikawasan bandar. Apabila badan kita mengandungi banyak toksin, ia mengganggu badan kita untuk berfungsi dengan normal. Oleh itu, badan kita akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut.
1. Kerap Keletihan
Walaupun kita sudah tidur, apabila bangun kita masih terasa penat. Pernah kan mengalami situasi begini? Ini ialah salah satu tanda badan kita dipenuhi toksin dan badan kita sedang berusaha kuat untuk menyingkirkan toksin-toksin tersebut dan menyebabkan kita terasa penat. Sekiranya anda selalu berasa penat dan cuba minum kopi atau minuman yang manis kerana ingin mengurangkan rasa penat tersebut, anda sedang membuat tindakan yang salah. Minuman yang manis terutamanya minuman tin menyebabkan badan kita terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyingkirkan gula dan bahan kimia yang terkandung didalam minuman tersebut seperti bahan pewarna dan bahan perisa. Keletihan ini juga menunjukkan sistem hormone yang terganggu akibat kehadiran toksin didalam badan dan seterusnya menyebabkan sistem imun kita terganggu.
2. Berat Badan Terus Meningkat
Menurunkan berat badan tidak mudah, tetapi sekiranya kita bersenam dan makan mengikut kalori yang betul, kita tidak mungkin bertambah berat badan. Ada juga yang telah bersenam dan makan mengikut jumlah yang betul tetapi setiap hari naik 500g. Kenapa begitu pula ya? Inilah kesan daripada toksin yang berada didalam badan. Ia mengganggu hormone kita yang bekerja untuk proses metabolisme. Apabila proses metabolisme kita terganggu, badan kita tidak dapat memecahkan makanan yang kita makan kepada bentuk tenaga atau nutrient untuk digunakan oleh badan kita. Oleh itu, apabila tidak semua makanan dapat diproses untuk kegunaan badan, badan kita akan bertambah berat setiap hari. Adakah anda pasti skincare, syampu, losyen, minyak wangi anda tidak mengandungi bahan kimia yang mengganggu sistem hormone? Sila cek label terlebih dahulu supaya anda boleh menghindarkan bahan-bahan kimia tersebut yang boleh menjadi toksin pada badan.
3. Nafas Berbau
Ada diantara kita walaupun telah memberus gigi dan berkumur-kumur, nafasnya masih berbau. Bau nafas bukan sahaja bergantung pada kebersihan mulut, ia juga berkait rapat dengan sistem pencernaan seseorang. Sistem pencernaan akan terganggu kerana sistem pencernaan juga bergantung pada hormon untuk mengeluarkan enzim supaya dapat berfungsi secara normal. Apabila badan mengandungi banyak toksin, signal untuk menghasilkan hormone tersebut akan terganggu. Dan apabila sistem pencernaan terganggu, salah satu tanda yang dapat dikesan ialah nafas yang berbau.
4. Sembelit
Usus menyerap nutrient untuk diagihkan kepada badan dan menyingkirkan toksin melalui sistem pencernaan setiap hari. Jika berlaku sembelit, toksin akan berkumpul didalam badan dan tidak dapat dibuang. Pada masa yang sama, toksin yang terkumpul memberi kesan negative pada badan kita selagi ia tidak dibuang. Oleh itu, kita rasa sakit kepala, sakit perut, dan keletihan. Simptom ini cuma kesan yang biasa tanpa kita sedari badan kita sebenarnya mengandungi banyak toksin. Seseorang yang suka makanan segera, makanan tin, dan terdedah dengan bahan kimia semasa bekerja, selalu mengalami simptom seperti ini akibat tindakbalas toksin didalam badan.
5. Sensitif Terhadap Minyak Wangi
Apabila badan kita mengandungi banyak toksin, badan kita bekerja lebih kuat untuk menyingkirkan toksin-toksin tersebut secepat yang mungkin supaya fungsi-fungsi badan yang normal tidak terganggu. Jika kita terdedah dengan minyak wangi terutamanya yang berjenama (kerana diperbuat daripada ribuan jenis bahan kimia dalam sebotol) deria kita akan menjadi sensitif daripada biasa. Kesan serta merta apabila terdedah dengan minyak wangi yang mengandungi bahan kimia yang tinggi ialah sakit kepala atau migraine.
6. Sakit Otot
Toksin boleh berkumpul dimana-mana bahagian badan sama ada pada organ dalaman, kulit, ataupun otot dan sendi kita. Toksin yang tidak disingkirkan dengan segera boleh merosakkan bahagian-bahagian tersebut. Ini merupakan kesan daripada seseorang yang sering terdedah dengan bahan kimia setiap hari melalui makanan, produk, pencemaran dipersekitaran, atau menggunakan racun semasa bekerja seperti meracun rumput, menggunakan racun pembunuh nyamuk setiap hari dan minyak wangi berjenama.
7. Alahan Kulit
Jerawat, ruam, dan masalah kulit yang lain hanya muncul apabila ada sesuatu yang tidak kena pada kulit kita. Salah satu penyebab kesan-kesan tersebut ialah jumlah toksin yang berada pada kulit. Kulit yang terdedah dengan produk yang mengandungi bahan kimia yang tinggi selalunya akan timbul masalah jerawat, ruam, dan masalah kulit seperti kesan terbakar, melecur dan sebagainya. Kulit kita bertindakbalas dengan bahan kimia tersebut dan setiap orang memberi reaksi yang berbeza bergantung pada jumlah toksin yang terkumpul, imuniti badan, tahap kebersihan, dan kekerapan penggunaan. Sekiranya kulit muka kita tiba-tiba kelihatan seperti membengkak, ekzema, atau mata sembap, itu merupakan petanda bahawa kita telah mencapai had dan mencapai kandungan toksin amat tinggi dikulit kita.
Masa Untuk Detox Dengan Segera
Kita semua mengalami symptom seperti yang dikatakan diatas tetapi kita tidak sedar bahawa simptom itu ialah kesan daripada kandungan toksin yang tinggi didalam badan kita. Oleh itu, kita perlu mengamalkan detoxification (buang toksin) supaya membantu badan kita menyingkirkan toksin. Detox boleh dilakukan setiap hari kerana bahan-bahan semulajadi yang berfungsi sebagai detox tidak memberi kesan sampingan kepada badan.

Tips yang lain untuk detox ialah seperti berikut:
·     Amalkan makan atau minum makanan seperti parsley, teh bunga, ulam, air limau, air lemon, dan sayuran-sayuran segar untuk membuang toksin pada badan.
·         Bersenam untuk meningkatkan sistem peredaran darah supaya toksin dapat disingkirkan lebih lancar.
·      Meningkatkan kesihatan usus dan sistem pencernaan  dengan memakan makanan seperti yogurt, tempe, sup, kimchi, dan buah-buahan yang tinggi serat.
·        Buang semua amalan menggunakan bahan kimia seperti menggunakan skincare, minyak wangi, dan produk kebersihan diri yang tinggi bahan kimia. Amalkan membaca label sebelum membeli produk untuk mengelakkan bahan toksik seperti fragrance, sulphates, paraben, phthalates, dan lain-lain.
·    Gunakan bahan semulajadi untuk skincare, makanan, produk kebersihan, dan minyak wangi berasaskan essential oil.
·      Hindarkan pencemaran bahan kimia setiap hari, pilih makanan organic, dan jadikan persekitaran tempat tinggal bebas bahan kimia.

Bagaimana Detox Berhasil?
Detox secara amnya bermaksud membersihkan darah. Detox merupakan proses mengeluarkan bahan tercemar didalam darah yang melalui hati. Hati banyak mengumpul toksin kerana ia membersihkan darah yang digunakan untuk badan. Selain hati, toksin juga disingkirkan melalui buah pinggang, usus, paru-paru, dan sistem limpa. Organ-organ tersebut menapis darah dan menyingkirkan toksin dan bahan asing, tetapi, apabila organ-organ itu rosak, toksin tidak dapat disingkirkan dengan sempurna dan kesihatan kita akan bertambah teruk sehingga boleh menyebabkan kematian.
Oleh itu, detox memainkan peranan penting untuk memastikan organ-organ tersebut sentiasa sihat dan kandungan toksin didalam badan dapat disingkirnya dengan cepat setiap hari. Detox yang berkesan mampu
·         menyihatkan organ-organ dalaman,
·         merehatkan organ-organ dalaman daripada bekerja kuat untuk menyingkirkan toksin, Merangsang hati untuk berfungsi lebih baik dan cekap,
·         Usus, buah pinggang dan kulit berfungsi dengan baik dan lebih kuat dan sihat,
·         Sistem peredaran darah lebih lancar,
·         Badan menerima nutrien dengan lebih maksimu dan menjadi lebih sihat
·         Imuniti badan semakin kuat

Saya Mahu Detox Sekarang
Jika kita risau badan kita terdedah dengan bermacam-macam toksin setiap hari, kita perlu detox badan secepat mungkin. Kalau organ kita rosak teruk, sudah terlambat untuk merawatnya. Semua orang boleh berdetox dan bagi ibu menyusu, kanak-kanak, ataupun pesakit yang sedang menjalankan rawatan, mungkin cara atau bahan yang boleh digunakan untuk detox ada sedikit berbeza.
Linda Page, N.D, yang mempunyai Ph.D dan menulis mengenai Detoxification memaklumkan bahawa generasi sekarang amat kritikal untuk detox kerana kadar terdedah dengan toksin amat tinggi berbanding generasi pada zaman dahulu (sebelum zaman peindustrian). Linda Page memberi pesan bahawa kita perlu detox segera apabila timbul tanda-tanda berikut:
·         Keletihan yang tidak munasabah
·         Sistem pencernaan yang tiba-tiba tidak lancar
·         Kulit yang sentiasa gatal
·         Timbul alahan pada kulit
·         Kulit banyak jangkitan kuman dan jerawat
·         Mata tiba-tiba membengkak
·         Muka tiba-tiba membengkak
·         Kitaran Haid Terganggu
·         Kesihatan Mental Terganggu Dan Cepat Emosi
Inilah gangguan-gangguan pada kesihatan kita yang disebabkan oleh toksin didalam badan, dan sememangnya kita tidak boleh pandang ringan perkara ini. Toksin bukan sahaja menjejaskan luaran kita, tetapi juga menjejaskan kewarasan dan mental kita. Oleh itu, kita mesti bertindak cepat dan detox badan segera.
Memulakan Amalan Detox Secara Semulajadi
Untuk permulaan, ambil langkah berikut:
·         Hentikan pendedahan diri terhadap bahan kimia didalam skincare
·         Hentikan pendedahan diri terhadap bahan kimia didalam produk kebersihan diri
·         Hentikan pendedahan diri terhadap bahan kimia didalam minyak wangi berjenama
·         Hentikan pendedahan diri terhadap bahan kimia didalam mekap
·         Hentikan pengambilan alcohol, kopi 3in1, rokok, gula, dan makanan segera

Kita mesti mengurangkan pendedahan bahan kimia yang terdapat didalam skincare, produk, dan makanan yang kita ambil setiap hari. Skincare, produk peribadi, dan mekap sebenarnya ada yang diperbuat secara organic menggunakan bahan semulajadi. Itu sahaja alternative selamat untuk anda. Cara diet juga perlu diubah dan kurangkan pengambilan makanan segera iaitu makanan yang dikilangkan dan ditinkan. Pilih makanan yang dimasak menggunakan bahan yang segar dan kurangkan makanan segera yang mengandungi bahan pewarna, perisa, dan pengawer tiruan.

Apabila badan tidak terdedah dengan bahan kimia, kandungan toksin juga akan menurun dan orga-organ dalaman kita dapat direhatkan daripada bekerja kuat menyingkirkan toksin. Oleh itu badan akan semakin sihat dan kita akan berasa lebih senang hati dan selesa. Badan yang sihat akan memberi impak positif pada fizikal dan mental kita dengan segera.

Mencari Program Atau Cara Detox Yang Sesuai
Kita boleh ikuti Program detox yang dianjurkan oleh kelab kesihatan yang berhampiran dengan tempat tinggal kita. Selalunya program detox ini dijalankan selama 7 hari untuk menyingkirkan semua toksin didalam badan. Ia termasuk menjaga pemakanan dan menikuti kelas senaman untuk menyihatkan badan.
Sekiranya anda boleh lakukan sendiri dirumah, anda boleh ikuti panduan detox yang diberikan. Detox boleh dimulakan dengan berpuasa, mengambil makanan berkhasiat, bersenam secara konsisten dan menjauhkan diri dari bahan-bahan kimia yang terdapat dirumah dan dipersekitaran anda. Anda juga boleh cuba resipi detox dirumah.
Bergantung kepada saiz dan keperluan seseorang, kita boleh berdetox selama beberapa hari yang kita perlukan. Kebiasaanya program detox yang intensif dijalankan selama 7 hari berturut-turut.
Jika ingin berpantang semasa detox program, berikut ialah pilihan diet yang boleh diamalkan untuk memulakan proses detox.
·         Sayuran dan buah-buahan segar
·         Smoothies buah-buahan
·         Jus buah-buahan
·         Makanan Bebas Gula
10 Cara Mudah Untuk Detox Badan Setiap Hari
Selepas program detox berakhir, kita perlu konsisten dalam menjaga kesihatan dan perlu detox badan kita setiap hari melalui pemakanan yang sihat disamping mengamalakan cara hidup yang sihat. Amalkan 10 cara mudah berikut supaya badan kita terhindar daripada toksin:
1.      Utamakan makanan yang tinggi serat seperti beras merah dan buah-buahan organik. Buah-buahan dan sayuran mudah ditanam sendiri walaupun didalam pasu.
2.      Cuba makan ulam-ulaman dan minum teh hijau untuk kesihatan organ dalaman terutamanya hati.
3.      Makan buah-buahan yang tinggi Vitamin C seperti Oren, Tembikai, dan Jambu untuk menghasilkan gluthatione dalam badan. Gluthatione ialah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh hati untuk menyingkirkan toksin.
4.      Minum air secukupnya.
5.      Sentiasa berfikiran positif untuk mencegah masalah emosi
6.      Sauna dan bersenam boleh menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
7.      Mandi dan amalkan kebersihan diri untuk menyingkirkan toksin yang berkumpul dipori-pori.
8.      Senaman kardio boleh meningkatkan sistem peredaran darah supaya badan menerima nutrien secukupnya
9.      Elakkan makanan bertin, makanan ringan, minuman tin, dan makanan yang mengandungi pengawet, perisan dan pewarna tiruan.
10.  Minum air teh, air lemon, atau air buah-buahan yang membantu proses detox didalam badan. Sekiranya ingin mencuba supplemen, baca label terlebih dahulu atau rujuk kepada pakar diet atau pakar kesihatan untuk memastikan supplemen tersebut sesuai untuk diri anda.
Source: gaiam.com

Manfaat Detox Kepada Tubuh Badan
Bagi mereka yang belum pernah detox badan sudah semestinya tidak tahu mengapa detox ini amat penting untuk kesihatan. Mungkin ada juga yang telah tahu detox ini bagus untuk kesihatan tetapi terlalu malas untuk mulakan. Badan kita bergantung pada kita untuk dijaga dan kekal sihat. Oleh itu, kita tidak boleh ambil remeh dalam menjaga kesihatan kerana kita yang tinggal didalam badan kita sendiri dan tanggungjawab kita untuk memastikan badan kita sentiasa sihat supaya kita dapat menjalankan aktiviti harian dengan lancar. Berikut ialah manfaat detox kepada tubuh badan kita sebagai motivasi untuk kita semua menjaga kesihatan dengan lebih baik.

1. Membekalkan Tenaga
Kebanyakan ahli yang mengikuti program detox memaklumkan bahawa mereka terasa lebih bertenaga dan bersemangat. Ini kerana mereka tidak mengambil sebarang gula tiruan, kaffein, makanan segera, dan makanan tin sebaliknya mengamalkan cara pemakanan yang sihat yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan memasak sendiri dirumah. Makanan yang semulajadi dan berkhasiat membekalkan nutrient dan tenaga kepada badan. Selain daripada itu, jus dan air putih yang menggantikan minuman tin, kopi 3in1 dan minuman beralkohol membekalkan jumlah air yang mencukupi pada badan. Oleh itu, badan merasa sihat dan bertenaga dalam menjalankan aktiviti harian.
2. Sistem Pencernaan Lancar
Sumbangan terbesar detox ialah ia membantu sistem pencernaan kita untuk menyingkirkan sisa buangan termasuk toksin dengan lancar. Oleh itu, toksin tidak sempat diserap oleh tubuh dan memberi impak negatif pada badan. Detox juga membersihkan dinding usus dan kolon. Selain daripada itu, toksin juga dapat disingkirkan melalui buah pinggang dengan mudah. Dengan sistem pencernaan kita yang lancar, kita akan merasa lebih sihat dan organ dalaman kita akan berfungsi dengan lebih baik dan dapat direhatkan daripada bekerja kuat.
3. Menurunkan Berat Badan
Dalam jangka masa yang pendek, kita boleh mendapati berat badan kita akan turun dengan segera, sekurang-kurangnya 500g sehari, 3 kilogram seminggu! Ini kerana apabila kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan bebas bahan kimia, organ dalaman kita dapat menghadam makanan dengan lebih baik dan badan kita dapat menggunakan semua nutrient yang diberikan. Kita juga dapat memantau jumlah kalori yang kita ambil setiap hari melalui pemilihan makanan yang baik semasa berdetox. Dengan mengubah cara pemakanan kita, tubuh badan kita tidak menerima sebarang benda asing dan bahan kimia yang boleh berkumpul didalam badan sebagai toksin dan menyebabkan masalah berat badan kerana mengganggun sistem pencernaan dan sistem hormonekita.
4. Imuniti Yang Lebih Kuat
Detox bukan sahaja menyingkirkan toksin daripada badan, tetapi juga menyihatkan organ-organ dalaman. Apabila organ dalaman sihat, sistem hormon dan tindakbalas badan akan berfungsi dengan lebih baik seperti yang sepatutnya. Ia memberi peluang kepada sistem imuniti badan untuk berfungsi dengan baik kerana badan kita mampu menyerap nutrien dengan lebih baik dan sistem hormon kita bertindak dengan lebih sempurna. Program detox menguatkan lagi sistem imuniti badan kerana badan kita dilindungi daripada kandungan toksin, pencemaran bahan kimia dan dibekalkan dengan nutrient yang mencukupi.
5. Meremajakan Kulit
Kulit bukanla satu lapisan luar sahaja, tetapi kulit merupakan organ terbesar yang menutup tubuh badan kita. Sekiranya kulit kita sihat, sudah tentu dalaman kita akan merasakan impaknya. Kulit mudah terjejas apabila terdedah dengan bahan kimia didalam produk kecantikan, pencuci muka dan mekap. Detox dapat menyingkirkan toksin pada kulit dan menjadikan kulit sihat semula. Toksin yang berkumpul pada kulit akan menggalakkan pengoksidaan dan pereputan kulit, oleh itu, kulit kita akan menjadi tua sebelum masanya. Inilah sebabnya mengapa toksin ialah musuh utama kulit. Dengan mengamalkan detox, kulit akan dirawat dan dibekalkan nutrient yang secukupnya. Kulit akan kembali muda dan struktur sel kulit akan menjadi lebih kuat kerana tidak dilemahkan oleh pencemaran toksin. Oleh itu dinasihatkan gunakan produk penjagaan kulit yang berasaskan bahan semulajadi sahaja. Produk yang mengandungi bahan kimia tidak akan menjaga kulit kita sebaliknya itula musuh dalam lipatan yang menyebabkan kulit kita semakin bermasalah dan kita kelihatan semakin tua.
6. Nafas Yang Segar
Program detox ataupun berdetox sendiri dirumah boleh meningkatkan kesihatan usus. Oleh itu, ia boleh mengatasi masalah nafas berbau. Nafas berbau yang disebabkan oleh masalah usus ialah berpunca daripada toksin yang berkumpul pada bahagian kolon. Apabila sistem pencernaan dipulihkan semula selepas proses detox, ia boleh menghentikan masalah nafas berbau dairpada berulang.
7. Mental Yang Lebih Baik
Mustahil orang yang mempunyai masalah nafas berbau, kulit yang berjerawat, berlebihan berat badan walaupun sudah cuba bersenam, dan mempunyai penyakit pada organ dalam mempunyai mental yang sihat dan positif. Masalah kesihatan yang disebutkan tadi akan menyebabkan seseorang kurang keyakinan pada diri sendiri, tidak bersemangat untuk hidup, dan cepat emosi. Sebab itulah detox memainkan peranan dalam menyihatkan badan. Apabila badan semakin sihat, kesannya juga akan mempengaruhi kesihatan mental kita. Kita akan menjadi lebih positif, lebih bersemangat, dan yakin pada diri sendiri.

Produk Yang Baik Untuk Detox
Kita hendaklah memilih produk yang bebas bahan kimia untuk memulakan detox kita. Berikut ialah pilihan-pilihan untuk kita menjaga kesihatan diri dan detox setiap hari.

Minum 1 gelas klorofil setiap hari untuk detox dan menyihatkan badan.
Diperbuat daripada daun mulberry dan berkesan untuk menyihatkan kulit.

Berasaskan daun teh.
Tidak mengandungi sebarang racun pesticide dan ditanam secara organic.
Teh Bunga mampu menyingkirkan toksin dari badan.
Disamping itu, ia juga menyihatkan kulit dan mata.

beautiful breastmilk soap indigo herbs with scented lavender.
Tanpa bahan kimia.
Selamat untuk ibu dan bayi.

100% BAHAN SEMULAJADI...
KULIT SELAMAT, CANTIK, SIHAT,
I-White Naturalle Skin Bar dapat
- memudarkan parut Jerawat
- Mencerahkan kulit
- merawat masalah kulit
- tona kulit tidak sekata
- kulit semakin halus, lembut dan SIHAT
- rosak akibat sinaran UV
- meremajakan kulit



1 ulasan:

  1. Sekiranya ada produk semulajadi yang boleh anda cadangkan, just contact me okay. I will feature it here. tq

    BalasPadam