Pretty Blossom Whitening Serum



” Terdapat pelbagai bahan semulajadi disekeliling kita yang berkesan untuk kecantikan kulit.Cuma sayangnya dizaman yang moden sekarang pengguna telah diasuh supaya melupakan bahan semulajadi dan meminati produk yang mengandungi bahan kimia. Kan semua bahan kimia ialah racun?”

Pretty Blossom Whitening Face Serum
Memperkenalkan serum yang berasaskan bahan semulajadi iaitu essential oil. Pretty Blossom menghasilkan serum yang bebas bahan kimia seperti paraben, fragrance, mineral oil, limonene tiruan, artificial linalool, dan ejen bleaching. Serum ini mempunyai gabungan khasiat dari essential oil sahaja yang memberi kesan untuk mencerahkan kulit dan memperbaiki sel-sel kulit secara semulajadi. Rawatan muka dan rutin penjagaan kulit menggunakan bahan semulajadi lebih cepat mencantikan kulit secara normal, tanpa kesan sampingan bahan kimia.

Latar Belakang Produk
Produk ini dihasilkan melalui gabungan bahan-bahan semulajadi berbentuk essential oil. Essential oil yang terpilih seperti apricot kernel oil dan neroli oil mempunyai khasiat semulajadi yang berkesan untuk mencerahkan kulit. Tidak seperti produk pemutih muka yang lain, ia tidak memberi kesan sampingan seperti penggelupasan dan kemerahan kulit akibat tindakbalas bahan kimia seperti arbutin dan bleaching properties. Essential oil merupakan bahan semulajadi yang mudah diserap kulit tanpa membahayakan kesihatan penggunanya dan seterusnya khasiat yang dibawa oleh essential oil terus menunjukkan kesannya seawal beberapa minit bergantung kepada metabolisma badan. Penggunaan serum Pretty Blossom secara kerap boleh membekalkan nutrient dan khasiat berterusan kepada kulit untuk mengekalkan kulit yang cerah, halus, dan licin.

Dimanakah Produk Ini Boleh Dibeli?
Buat masa ini, belum ada kedai yang rasmi untuk penjualan secara langsung. Serum Whitening Pretty Blossom boleh dibeli secara online disini. Kepada penggemar produk natural diluar sana, bolehlah berhubung dengan ejen pengedar sah Pretty Blossom di facebook dan google plus. Perkhidmatan skin consultation percuma diberikan supaya pengguna boleh memahami lebih lanjut cara penjagaan muka yang sesuai mengikut jenis kulit muka masing-masing ataupun ingin berkongsi masalah lain yang berkaitan kesihatan kulit.

Bahan-Bahan Semulajadi Didalam Pretty Blossom Whitening Serum
Inilah info yang ditunggu-tunggu oleh peminat produk natural atau semulajadi. Apakah bahan yang digunakan dan digabungkan yang mampu untuk memperbaiki sel dan mencerahkan kulit pada masa yang sama? Pretty Blossom Whitening Serum diperbuat daripada bahan-bahan berikut.
Minyak kernel buah Aprikot (Apricot Kernel Oil)
Minyak Bunga Matahari (Sunflower Seed Oil)
Pati Bunga Cempaka (Neroli Essential Oil)
Pati Bunga Jasmine (Jasmine Essential Oil)
Pati Buah Lemon (Lemon Essential Oil)

Kesemua bahan-bahan tersebut mempunyai fungsi dan khasiat masing-masing yang apabila digabungkan memberi manfaat kepada kesihatan kulit, mencerahkan kulit akibat pancaran cahaya matahari dan memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dengan mudah dan cepat. Untuk tahu manfaat lebih lanjut, inilah manfaatnya seperti dibawah:

Minyak kernel buah Aprikot (Apricot Kernel Oil)
Menurut laporan dari Beautyglimpse.com manfaat minyak kernel buah aprikot lebih kepada melembapkan kulit dan memperbaharui sel-sel baru. Apabila kulit kita terkena pancaran matahari, melanin akan terhasil secara normal kerana melanin sebenarnya menghalang UV dari matahari daripada merosakkan kulit dengan lebih mendalam. Dari segi luaran, melanin menggelapkan kulit kerana melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berlebihan.

Seperti kebanyakan minyak pati yang lain, minyak kernel aprikot berkesan melembapkan kulit dan mengelakkan kekeringan. Minyak ini amat ringan dan tidak menyumbat pori-pori apabila digunakan. Ia sesuai untuk digunakan kepada semua jenis kulit. Ia mengandungi Vitamin E untuk membantu meremajakan kulit disamping mencerahkan kulit yang gelap akibat pancaran matahari. Disamping mencerahkan kulit, kulit juga akan menjadi lebih halus dan bebas kedutan halus. Minyak ini amat ringan dan meresap ke dalam kulit dengan mudah tanpa kesan berminyak.

Minyak Bunga Matahari (Sunflower Seed Oil)
Seperti yang telah disampaikan oleh organicfacts.com Sunflower seed oil mempunyai kandungan Vitamin E yang amat tinggi dan bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada pengoksidaan dan penuaan. Sel-sel baru akan dihasilkan dengan lebih baik apabila Vitamin E yang mencukupi dibekalkan kepada kulit. Vitamin E mampu meneutralkan semula radikal bebas yang berada dikulit dan menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit yang sihat. Dengan adanya minyak bunga matahari sebagai bahan didalam serum, ia membantu dalam mengekalkan kesihatan kulit, memudarkan parut dengan menghasilkan sel-sel baru dan menghalang daripada kerosakan sel akibat sinar UV dan radikal bebas.

Pati Bunga Cempaka (Neroli Essential Oil)
Pati bunga cempaka amat sesuai digunakan untuk meremajakan kulit menurut pakar kesihatan, Dr. Axe . Sekiranya anda mencari essential oil sebagai bahan tambahan kepada rutin penjagaan kulit, pati bunga cempaka merupakan pilihan yang tepat. Ia mengandungi kandungan antioksidan dan antibakteria yang amat diperlukan kulit untuk mencegah penuaan dan jangkitan bakteria penyebab jerawat. Pati bunga cempaka mampu menembusi sel kulit dan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, ia mempercepatkan proses mencerahkan kulit akibat sinaran UV, memudarkan parut jerawat, dan menganjalkan semula kulit yang kendur. Pati bunga cempaka mempunyai aroma anti-stress yang menenangkan dan si pemakai akan menjadi lebih selesa dengan mood yang lebih tenang sepanjang hari.

Pati Bunga Jasmine (Jasmine Essential Oil)
Menurut organicfacts.com pati bunga jasmine sesuai untuk merawat kulit sensitif dan memberikan mood yang tenang kepada si pemakai. Selain daripada aromanya yang wangi dan berkesan untuk anti-stress, pati bunga Jasmine sebenarnya telah lama digunakan untuk menjaga kecantikan kulit. Ia mengelakkan kekeringan kulit, merawat ekzema dan menghaluskan kulit. Kulit yang halus akan kelihatan lebih cerah berbanding kulit yang kering kerana sel-sel mati telah disingkirkan sepenuhnya dan tidak melapisi kulit yang sihat.  

Pati Buah Lemon (Lemon Essential Oil)
Dilaporkan didalam skinlightskinbright.com pati buah lemon amat berkesan untuk mencerahkan kulit. Untuk kegunaan harian, lemon essential oil lebih sesuai digabungkan dengan carrier oil yang lain kerana penggunaan lemon essential oil dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kulit sensitif kepada matahari. Oleh itu, keseimbangan formula amat penting untuk mengambil khasiat pati buah lemon untuk tujuan mencerahkan kulit. Pati buah lemon mengandungi limonene semulajadi dan asid sitrik yang membaiki kulit yang rosak akibat pigmentasi. Pigmentasi kulit berlaku akibat terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan. Asid sitrik didalam pati buah lemon merupakan sejenis Alpha Hydroxy Acid yang menyingkirkan sel kulit mati dan merangsang penghasilan sel kulit baru yang lebih cerah. Selain daripada mencerahkan kulit, ia juga mengimbangkan penghasilan sebum pada kulit muka dan mencegah pori-pori tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat. 

Kulit Lebih Cerah, Halus, Dan Bebas Jerawat
Inilah hasil apabila menggunakan Pretty Blossom Whitening serum setiap hari. Bahan-bahan yang disebutkan diatas mempunyai fungsi masing-masing yang seiring dengan penjagaan kulit muka khas untuk mengatasi masalah pigmentasi dan tona yang tidak sekata. Formulasinya turut diseimbangkan supaya kesannya dapat dilihat dengan cepat.

Kenapa Orang Kata Produk Bahan Semulajadi Lambat Menunjukkan Kesan?
Mula-mula sekali, siapakah gerangan orang yang memberi kenyataan sebegitu? Doktor pakar? Pemilik Syarikat Kosmetik? Orang awam? Atau pengguna kosmetik berbahan kimia yang ego? Jawapan sebenarnya ialah seperti ini, apa sahaja yang kita makan atau sapu pada badan akan menunjukkan kesan seawal beberapa minit ke beberapa jam bergantung kepada metabolisme badan. Bayi, kanak-kanak, dan remaja mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding orang dewasa dan orang tua. Contoh paling mudah ialah kadar penyembuhan kulit. Kanak-kanak yang luka pada kulit akan sembuh lebih cepat berbanding orang dewasa kerana kadar metabolisme mereka yang tinggi membolehkan sistem pertahanan badan mereka bertindak dengan lebih cepat untuk menyembuhkan kawasan luka berbanding orang dewasa.
Satu contoh lagi ialah keracunan makanan. Sekiranya kanak-kanak, bayi atau remaja termakan sesuatu yang basi, mereka lebih cepat mendapat keracunan makanan berbanding orang dewasa kerana jumlah yang sedikit sahaja sudah cukup untuk meracuni sistem penghadaman mereka. Jika orang dewasa termakan sedikit makanan yang basi, keracunan mungkin berlaku tetapi tidak secepat dan seteruk bayi, kanak-kanak, dan remaja. Keracunan makanan bukan sahaja dipengaruhi oleh metabolisma badan tetapi juga sistem pertahanan badan atau immunity seseorang.
Bahan kimia yang terdapat didalam kosmetik akan memberi 2 jenis kesan iaitu kronik (jangkamasa panjang) dan akut (jangkamasa pendek) bergantung kepada metabolisma badan seseorang. Kesan akut selalunya seperti kulit menggelupas dan kulit menjadi kemerah-merahan. Tindakbalas ini merupakan tindakbalas allergik dan menunjukkan kandungan bahan kimia yang amat tinggi sehingga memberi kesan yang ketara dalam masa yang singkat. Terdapat juga kesan akut yang lain seperti muka timbul jerawat, kulit terasa seperti terbakar (burning), dan muka kelihatan membengkak. Sekiranya kosmetik tersebut menyumbat pori-pori, mengandungi bahan bleaching atau mempunyai kandungan BHT yang tinggi, sebab itulah jerawat, burning dan muka bengkak berlaku. BIasanya keadaan ini berlaku kepada pengguna pertama kali (tidak pernah mencuba mana-mana produk) dan pengguna yang memandai-mandai guna berlebihan dos dari yang dicadangkan pada label. Sekali lagi diingatkan, semua bahan kimia ialah racun.
Kesan kronik lebih kepada organ dalaman dan sistem hormon seseorang. Ada yang tidak sedar kitar haid menjadi tidak teratur, berat badan sukar diturunkan, dan badan mudah dijangkiti penyakit akibat bahan kimia yang terkumpul didalam badan dan menjadi toksik. Pengguna diMalaysia dan diseluruh dunia memang tidak minum racun atau makan racun, tetapi badan mereka tetap keracunan kerana terdedah kepada bahan kimia yang diambil melalui produk kosmetik, sabun, syampu, sabun pencuci, penwangi kereta, dan pewangi biasa. Toksik didalam badan juga menyebabkan metabolisma menjadi rendah, immunity badan rendah, dan mengganggu sistem hormon. Organ yang paling senang dirosakkan oleh racun tidak lain dan tidak bukan ialah hati. Sekiranya organ hati rosak, ia berkait rapat dengan kesihatan diri seseorang secara keseluruhan. Oleh itu, apabila sistem didalam badan telah dirosakkna oleh toksik, tindakbalas badan kita terganggu dan salah satunya dalam menerima nutrient. Badan kita tidak dapat memproses nutrient yang diterima dengan cepat kerana terpaksa melalui tindakbalas toksik yang lain yang sedang berlaku didalam badan.
Oleh kerana itu, apabila seseorang yang telah biasa menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia cuba beralih kepada produk semulajadi, dia mendapati kesan produk semulajadi itu lambat padahal yang melambatkan kesan cumalah sistem metabolisma badannya yang telah terganggu oleh toksik yang belum disingkirkan akibat pemakaian produk tinggi bahan kimia sebelum ini. Pengguna cenderung menggunakan produk berlainan dari masa ke semasa kerana kulit mereka seolah-olah tidak menunjukkan sebarang kesan yang diingini, tetapi tidak sedar produk seterusnya yang digunakan menunjukkan kesan kerana kandungan bahan kimia dari produk sebelum itu adalah lebih tinggi.
Apabila menggunakan produk semulajadi kerana berhenti menggunakan produk bahan kimia, adalah lebih baik supaya menjarakkan 1-2 hari sebelum menggunakan produk baru. Dalam masa 1-2 hari itu, hentikan penggunaan produk bahan kimia terlebih dahulu dan detox badan dengan semulajadi seperti meminum air teh hijau, air lemon segar, dan memakan sayur-sayuran segar. Toksin akan dikeluarkan dari badan dan sistem badan akan pulih semula. Selepas itu, sila cuba produk semulajadi pilihan anda, cepat atau tidak kesannya? Anda perlu bantu sistem badan anda untuk berfungsi dengan normal sepanjang hidup supaya sistem badan anda boleh berfungsi seperti yang sepatutnya. Justeru, tiadalah lagi komplen-komplen produk tidak berkesan sekiranya ada sudah mengetahui apakah punca sebenarnya.

Apakah Yang Terkandung Didalam Produk Pemutih Kulit Di Pasaran?
Dan yang lebih tepat lagi, kenapa bahan-bahan didalam produk itu berkesan memutihkan kulit tetapi merosakkan organ dalaman? Ini kerana, bahan kimia yang terkumpul didalam badan tidak dapat disingkirkan dengan cepat. Sekali lagi fungsi metabolisma badan telah dilemahkan oleh itu sisa toksik tersimpan didalam badan dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan.
Dibawah ialah senarai bahan yang sering digunakan didalam produk pemutih kulit dan kesannya terhadap kesihatan. Maklumat ini diambil di laman web Environmental Working Group Skindeep, satu organisasi bukan kerajaan di Washington, Amerika Syarikat yang ditubuhkan untuk mendidik pengguna-pengguna mengenai produk yang sihat dan selamat tanpa bahan kimia merbahaya.








Krim pemutih muka tersebut mencatatkan hazad bahan kimia dengan skor 7/10. EWG Skindeep menggariskan tahap hazad kimia seperti berikut
1-2: Low hazard atau hazad rendah
3-6: Moderate hazard atau hazad sederhana
7-10: High Hazard atau hazad tinggi
Ternyata ia mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan kanser (BHT), merbahaya kepada sistem reproduktif dan janin dalam kandungan (Propylparaben), melemahkan sistem pertahanan badan dan merosakkan organ (Fragrance, Propylparaben), dan menyebabkan badan menjadi sensitif atau alahan (octinoxate). Diantara bahan-bahan yang terkandung didalam produk ini telah diharamkan dibeberapa negara maju terutamanya Eropah dan Kanada. Walaupun ada diantara bahan kimia yang terkandung didalam krim ini adalah bahan kimia lemah, tetapi tetap membahayakan kesihatan penggunanya dari pelbagai cara.

Inilah tujuan EWG Skindeep mencipta aplikasi online ini supaya pengguna boleh menyemak label yang ada pada setiap produk sebelum membeli. Oleh itu, kesan negatif kepada kesihatan akibat toksik bahan kimia dapat dihindarkan.

Apakah Keputusan Kajian EWG Skindeep Untuk Pretty Blossom Whitening Serum?
Pretty Blossom Whitening Serum menggunakan bahan semulajadi, dan menurut EWG Skindeep yang beroperasi di Washington, Amerika Syarikat, inilah hasil selidik bahan-bahan yang terkandung didalamnya.






Ternyata serum berasaskan bahan semulajadi tidak mempunyai hazad merbahaya, dan Pretty Blossom Whitening Serum diskorkan kepada 1/10 iaitu tahap hazad kimia adalah sangat rendah.
Berdasarkan maklumat EWG skindeep, Pati Buah Lemon (plant derived) tidak menyebabkan kanser, kerosakan sistem peranakan (reproduktif), kerosakan janin, atau menyebabkan ketoksikan atau melemahkan metabolisma ataupun immuniti seseorang, tetapi Lemon Peel Oil atau pati buah oren sering dicampurkan dengan bahan kimia dan telah dikesan melalui persampelan dinegara Eropah dan Kanada. Oleh itu, penggunaan Pati Buah Oren yang tiruan atau dicampur dengan bahan kimia diberi amaran keras di negara tersebut terutama sekali dalam pembuatan minyak wangi.

Kanada juga telah membuat kajian bahawa terdapat Pati Bunga Jasmin yang didakwa semulajadi tetapi dicampurkan dengan bahan kimia. Oleh itu, Pati Bunga Jasmin tiruan mengandungi bahan kimia yang boleh mengganggu kesihatan. Hanya Pati Bunga Jasmin yang tulin sahaja dibenarkan untuk digunakan sekiranya produk tersebut ialah produk semulajadi seperti yang dihasilkan.

Pretty Blossom Whitening Serum Sesuai Untuk Lelaki Dan Wanita
Atas sebab-sebab pekerjaan, cara hidup, dan cuaca, kulit muka sering terdedah dengan matahari dan sel-sel kulit yang menerima akibatnya. Pretty Blossom Whitening serum selamat digunakan oleh lelaki dan wanita yang ingin mengekalkan kesihatan kecerahan kulit. Kandungan nutrient yang dibekalkan setiap hari akan membantu proses memperbaharui sel-sel kulit dan menyingkirkan kulit mati dengan normal dan cepat.

Tips Menggunakan Serum Pretty Blossom
Secara kebiasaannya, serum digunakan sebelum tidur atau selepas mandi. Untuk memaksimumkan penyerapan nutrient dan hasil dapat dilihat dengan lebih cepat, Pretty Blossom Whitening Serum turut boleh digunakan seperti berikut selain daripada 2 cara yang dinyatakan tadi.

1. Semasa mencuci muka : Sekiranya ingin mencuci muka, titiskan 2-3 titik serum kedalam buih pembersih muka dan cuci muka seperti biasa selama 1 minit supaya kulit dapat menyerap serum dengan sepenuhnya. Selepas membilas muka, anda boleh dapati kulit lebih cerah dan halus.

2. Sebagai masker : Sekiranya anda membuat masker dirumah seperti masker aloe vera atau masker telur, jangan lupa titiskan 2-3 titik serum sebagai bahan tambahan didalam masker anda. Serum bertindak sebagai pembekal nutrient, oleh itu ia boleh digunakan sebagai masker untuk menyihatkan kulit dengan cepat.

3. Sebagai pelembap muka : Bekerja dibawah panas matahari atau didalam pejabat yang berhawa dingin amat mudah mengeringkan kulit. Oleh itu, ambil masa pada waktu tengahari untuk mencuci muka. Selepas itu, apabila telah mengelap mula titiskan 1-2 titik Pretty Blossom Whitening serum pada kedua belah pipi, dahi, dan leher. Sapukan dengan rata ke seluruh muka dan leher. Kulit yang kering akan serta merta segar dan lembap.

Tidur Dengan Lena Dan Bangun Dengan Lebih Berseri
Aroma dari pati bunga jasmin dan neroli amat menenangkan dan memberikan ketenangan mental kepada si pemakai. Serum boleh digunakan sebagai skin night repair dan membantu si pemakai untuk tidur lena. Kulit memperbaharui sel dengan lebih aktif pada waktu malam. Dengan itu, menggunakan serum akan membantu proses tersebut dan inilah yang dikatakan bangun dengan kulit yang lebih berseri pada waktu pagi. Untuk terus kepada pembelian, hubungi kami disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan