Pretty Blossom Serum Untuk Penjagaan Kulit Sensitif (Sensitive Skin Care)


"Kulit yang sensitif memerlukan penjagaan rapi. Kulit sensitif bukan satu masalah kepada kita sekiranya kita tahu cara untuk mencegah reaksi alahannya. Ada sesetengah orang allergic atau alahan dengan makanan, ada yang allergic kepada kucing, ada juga yang allergic kepada sabun. Apa yang memeningkan mengenai kulit sensitif ialah sekiranya reaksi alahan itu kelihatan di mulit muka. Pada masa itulah keyakinan diri untuk bekerja diluar, berjumpa klien dan sebagainya seolah-olah tiada. Malar ambil cuti kecemasan sebab tidak dapat cover muka yang sensitif. Sembunyikan dengan cc cream, foundation, ataupun face powder memang tidak berkesan malahan kulit menjadi lebih sensitif kerana terdedah kepada bahan kimia yang merbahaya. Oleh itu, mencegah lebih baik dari mengubati"
Pretty Blossom Serum Untuk Penjagaan Kulit Sensitif (Sensitive Skin Care)
Pretty Blossom diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi yang mempunyai bahan aktif anti-inflammatory. Seseorang yang mempuyai kulit sensitif juga mahu awet muda, cerah glowing, dan kulit yang anjal. Disebabkan set penjagaan muka pada masa kini banyak yang mengandungi bahan kimia merbahaya, amat sukar untuk kita mengenalpasti set penjagaan kulit sensitif yang berkesan dan selamat.
Faktor-faktor Kulit Sensitif
Menurut penerangan dari Simple.com kulit menjadi sensitif kerana pelbagai faktor yang berada dipersekitaran dan juga kesihatan dalaman kita. Mari kita kenalpasti satu persatu faktor kulit sensitif disini.
Persekitaran- Perubahan cuaca menyebabkan suhu badan berubah. Ataupun penggunaan penyaman udara menyebabkan perubahan suhu badan yang drastik setiap hari. Berada dipersekitaran yang terlalu kering atau terlalu sejuk menyebabkan kulit menjadi kering dan kehilangan lembapan. Apabila kulit kering, kulit akan menjadi lebih sensitif dan timbul kulit seperti sisik kerana kekeringan.
Debu dan Pencemaran- Kita terdedah dengan debu setiap hari. Partikel debu sangat halus dan ia boleh berada dikulit kita tanpa boleh kita elakkan. Jika kita tidak mengamalkan kebersihan diri, debu boleh melekat pada kulit dan menyebabkan iritasi pada lapisan kulit. Kulit yang tercemar dengan debu menjadikan kulit lebih sensitif dan timbul kesan alahan seperti kemerah-merahan dan bengkak.
Air- Air yang tinggi kandungan mineral seperti iron, kalsium dan magnesium merupakan air yang beralkali. Kulit sensitif perlu mengimbangkan tahap pH setiap masa. Apabila kulit menjadi terlalu berasid atau beralkali, tahap normal pH kulit akan terjejas. Jika mencuci muka dengan air beralkali terlalu kerap, iritasi akan berlaku dan kulit timbul tanda-tanda allergic.
Pencuci Muka- Kulit sensitif tidak boleh dicuci dengan pencuci muka sembarangan terutama sekali pencuci muka yang mengandungi kandungan bahan kimia seperti fragrance, SD-Alcohol, dan citric acid, dan bahan-bahan kimia tertentu yang boleh memberi kesan kepada kulit sensitif. Sebelum membeli pencuci muka, sila periksa label produk untuk mengelakkan bahan kimia yang merosakkan kulit sensitif. Produk yang betul akan melindungi lapisan luar kulit dan mengurangkan kadar sensitiviti kulit.
Cara Hidup- Cara hidup yang sihat akan menentukan kesihatan kulit kita. Sekiranya kita suka merokok, bekerja di pejabat yang berhawa dingin, atau stress, kulit yang cantik dan sihat tidak mungkin dimiliki. Kita perlu mengamalkan cara hidup yang sihat dan positif, kerana kecantikan luaran kita berkait rapat dengan kesihatan dalaman kita.
Kitar Hormon- Hormon memainkan peranan penting dalam tindakbalas didalam tubuh badan kita. Sekiranya kitaran hormon kita terganggu, salah satu kesan yang boleh kelihatan ialah sebum berlebihan dan kerawat pada kulit muka. Hormon kita akan berubah terutama sekali semasa meningkat remaja ataupun semasa mengandung bagi wanita. Pada masa itu, kulit akan menjadi lebih sensitif kerana perubahan yang dialami. Dengan penjagaan kulit yang betul, kesan kulit sensitif dapat dihindarkan.
Stress- Pada zaman sekarang, amat susah untuk kita hindarkan stress. Punca stress boleh jadi dimana saja kita berada, ditempat kerja, dirumah, dikolej, mahupun masalah relationship. Sekiranya stress ini tidak diatasi dengan bijak, ia boleh menggangu cara hidup kita yang sihat dan mengganggu kitar hormon kita. Tidak cukup dengan itu, kulit kita pun menjadi lebih sensitif dan timbullah keadaan kulit yang langsung kita tidak ingini. Oleh itu, atasi stress dengan baik.
Pemakanan Sihat- Orang Malaysia kalau disampaikan tentang pemakanan sihat, yang mula-mula mereka fikir ialah sayur. Pemakanan sihat bukan sahaja makan sayur tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Pemakanan yang sihat ialah makanan yang seimbang. Makan semua jenis makanan, bukan satu jenis makanan sahaja. Dan jangan lupa, kita perlu minum air yang mencukupi setiap hari. Sekiranya pemakanan kita sihat tetapi air tidak mencukupi, tidak berapa betul juga amalan diet kita.
Kandungan Didalam Skincare- Pencuci muka suda diulas, sekarang berkenaan set penjagaan kulit pula. Wanita mesti selalu pakai krim muka, mekap, krim malam, mask muka dan bermacam-macam lagi. Set penjagaan muka yang kita beli dikedai rata-rata mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk kulit sensitif. Ia boleh menimbulkan iritasi. Sila baca label sebelum membeli. Pastikan tiada fragrance, Glycolic acid, Retinol,lanolin, pewarna, dan bahan kimia lain yang berkaitan dengan alcohol dan asid. Kulit kita berada dimuka, merupakan kulit yang pertama sekali orang semua lihat, oleh itu jangan ambil risiko menggunakan bahan-bahan sedemikian sekiranya mempunyai kulit sensitif. Pastikan set penjagaan muka dirumah adalah berasaskan bahan semulajadi dan bebas bahan kimia untuk mengekalkan kulit sihat.
Pakaian dan Barang Kemas- Ada sesetengah orang yang tidak boleh pakai kain yang kasar ataupun barang kemas yang diperbuat daripada silver, stainless steel, dan logam lain. Oleh itu, elakkan diri daripada menggunakan pakaian dan barang kemas yang menyebabkan iritasi pada kulit.
Pencuci dirumah: Perempuan dan kebersihan rumah memang bukan hubungan yang asing. Perempuan secara automatik akan membersihkan rumah tanpa disuruh. Oleh kerana itu, perempuan lebih banyak terdedah dengan bahan kimia didalam bahan pencuci. Di rumah ada bermacam jenis bahan pencuci, contohnya pencuci lantai, pencuci pinggan, pencuci cermin, pencuci baju, pencuci kasut dan lain-lain. Bahan kimia yang meresap masuk kedalam badan lama-kelamaan akan berkumpul menjadi toksin. Oleh itu, perlu detox badan selalu dan minum air secukupnya untuk menyingkirkan toksin dari badan. Badan yang sihat akan menjamin kesihatan diri dan kulit yang lebih baik.
Bahan-Bahan Semulajadi Untuk Penjagaan Kulit Sensitif
Untuk mengenalpasti kulit sensitif, lebih baik kita berjumpa dengan pakar kulit yang dipercayai untuk membuat pengesahan. Selepas mendapatkan pengesahan dari pakar kulit, barulah kita mula mencari kaedah penjagaan kulit yang sesuai dengan bajet, mudah digunakan, dan mudah didapati dilokasi kita.
Pretty Blossom serum untuk kulit sensitif ialah untuk menjaga kesihatan kulit tanpa sebarang kesan sampingan. Sekiranya kulit sensitif terdedah dengan bahan-bahan pencetus sensitiviti, disitulah ruam, gatal-gatal, bengkak, ataupun jerawat mula timbul. Di Malaysia, masalah kulit sensitif disebabkan oleh alahan terhadap makanan tertentu, bahan kimia tertentu didalam produk, debu, dan faktor-faktor lain. Oleh itu, apabila ingin menggunakan produk penjagaan kulit, mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif tidak dapat menggunakan produk sesuka hati dan perlu memilih produk yang selamat untuk jenis kulit mereka.
Serum Pretty Blossom mengandungi bahan-bahan semulajadi yang penuh dengan Vitamin, Anti inflamatory, dan antioksidan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan kulit sensitif. Berikut ialah khasiat didalam bahan-bahan yang terkandung didalam serum Pretty Blossom untuk kulit sensitif.
Minyak Zaitun (Virgin Olive Oil)
Minyak zaitun bukan sahaja berkhasiat untuk digunakan didalam masakan, tetapi dengan menggunakannya terus kepada kulit, ia membekalkan nutrien yang penting untuk kesihatan kulit setiap hari. Minyak zaitun kaya dengan Vitamin E dan Antioksidan yang penting untuk penjagaan kulit tanpa membahayakan kulit sensitif.

Vitamin E merupakan vitamin yang memperbaharui sel kulit dan menganjalkan kulit secara semulajadi. Vitamin E juga melindungi kulit daripada sinar UV matahari dan mencegah kulit daripada rosak, kering, dan berkedut.

Antioksidan utama didalam minyak zaitun ialah Hydroxytyrosol, poliphenols dan phytosterols. Antioksidan penting untuk kulit kerana ia menghalang kulit daripada penuaan pramatang. Ia menghalang pengoksidaan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas dipersekitaran.

Minyak zaitun yang tulin mudah diserap oleh kulit dan sesuai untuk digunakan sebagai pelembap kulit setiap hari. Serum yang berasaskan minyak zaitun boleh digunakan sebagai night repair serum untuk menggalakkan lagi proses pembaharuan kulit semasa tidur. Sesiapa yang mengamalkan penggunaan serum sebelum tidur mendapati kulit akan menjadi lebih anjal dan kurang berkedut semasa bangun.

Minyak Bunga Matahari (Sunflower Seed Oil)
Minyak bunga matahari merupakan minyak yang mengandungi Vitamin E yang paling tinggi dan sering digunakan dalam kosmetik dan produk penjagaan kulit. Vitamin E bukan sahaja memperbaharui sel-sel kulit secara aktif, tetapi ia mampu mencegah kulit daripada sebarang kerosakan dari radikal bebas.

Minyak bunga matahari memudarkan kesan parut kerana sel-sel parut digantikan dengan sel kulit yang lebih sihat. Selain daripada itu ia guna mencegah kedutan, mencerahkan kulit dengan menyingkirkan sel-sel kulit mati, dan menjadikan kulit lebih halus dan licin. Vitamin E tiruan dikenali sebagai Tocopherol, tetapi, bahan tiruan ini ialah bahan kimia yang memudaratkan kulit sensitif. Oleh itu, menggunakan produk berasaskan 100% bahan semulajadi lebih selamat untuk kulit sensitif.

Minyak Biji Anggur (Grapeseed Oil)
Grapeseed Oil melembapkan kulit dan kelembapan kulit yang seimbang amat penting untuk menjaga kesihatan kulit sensitif. Kulit sensitif perlu lembap dengan seimbang kerana apabila kulit sensitif menjadi kering, ia mudah terdedah dengan kesan sampingan seperti ruam, kemerahan, dan kulit bersisik. Oleh itu, dengan melembapkan kulit, kesan sampingan ini dapat dielakkan. Vitamin E didalam grapeseed oil membantu kulit sentiasa lembap, mengelakkan kedutan, dan menganjalkan kulit.Oleh itu, serum Pretty Blossom bukan sahaja selamat untuk kulit sensitif tetapi membantu mencantikkan struktur kulit secara semulajadi terutamanya dibahagian bawah mata.

Frankincense Oil
Frankincense oil merupakan minyak yang diekstrak daripada sejenis tumbuhan (pokok) Boswellia sacra atau Boswellia carteri. Ia merupakan cecair dan apabila disimpan beberapa hari untuk dikeraskan dalam bentuk gum resin, ia boleh digunakan untuk perubatan kulit ataupun minyak wangi.

Aroma Frankincense oil ialah manis seperti gula-gula. Tetapi, ia mempunyai khasiat dalam perubatan kulit sensitif. Frankincense oil mengimbangkan pH kulit dan menganjalkan kulit. Oleh itu, kulit menjadi lebih halus, tidak berkedut, dan kelihatan lebih muda. Keseimbangan pH amat penting untuk kulit sensitif kerana jika kulit terlalu berasid atau terlalu beralkali, kulit sensitif akan mudah menjadi kering. Berbeza dengan kulit normal, kulit sensitif yang kering mudah menjadi merah, bersisik (ekzema), dan gatal.

Minyak Rosemary (Rosemary Oil):
Rosemary ialah sejenis herba yang sering digunakan dalam masakan dan rawatan kulit. Rosemary oil mudah dibuat dirumah. Pisahkan daun rosemary dari tangkai dan ambil kira-kira 1 mangkuk kecil. Campurkan 1 mangkuk kecil daun rosemary kedalam minyak bunga matahari dan panaskan dengan haba yang rendah selama 5 ke 6 jam. Dengan cara itu, aroma dan minyak dari Rosemary dapat diserap kedalam minyak bunga matahari dan terhasillah minyak rosemary homemade yang boleh digunakan untuk rawatan kulit.

Minyak rosemary mempunyai fungsi antioksidan dan antimikrobial. Ia mencegah penuaan kulit dan mencegah jangkitan kuman. Kulit sensitif perlu penjagaan yang lebih teliti berbanding kulit normal kerana jika tersilap bahan, kulit sensitif akan cepat menunjukkan kesan alahan. MInyak rosemary membantu kulit sensitif menjadi lebih sihat, lebih anjal, menghalang kedut, dan menghilangkan garis-garis halus.

Pati Bunga Lavender (Lavender essential oil)
Pati bunga lavender bukan sahaja mengandungi bahan antioksidan dan antistress, tetapi ia mampu mencerahkan kulit secara semulajadi. Kenapa Pretty Blossom untuk kulit sensitif menggunakan pati bunga lavender untuk kulit sensitif? Kita semua tahu Pati buah lemon mengandungi bleaching semulajadi yang boleh mencerahkan kulit. Tetapi, pati buah lemon mengandungi kandungan Acid Citric dan Acid Ascorbic yang tinggi berbanding pati bunga lavender. Kulit sensitif tidak boleh terlalu berasid kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Oleh itu, alternatif lain yang digunakan ialah pati bunga lavender supaya kulit sensitif juga boleh menjadi putih berseri secara semulajadi. Pati bunga lavender berkesan untuk menghilangkan parut, memperbaharui sel yang rosak akibat sinaran matahari, dan mengelakkan penghasilan sebum yang berlebihan untuk mencegah jerawat.

Keputusan Hazad Bahan Kimia Dari EWG Skindeep


Skor dari EWG Skindeep hanya 1/10 sahaja, bermakna produk ini tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan. Oleh itu, ianya selamat untuk penjagaan kulit sensitif.
Pretty Blossom Serum Sesuai Untuk Remaja Dan Orang Dewasa
Kulit sensitif boleh dikesan seawal peringkat bayi lagi. Untuk bayi, disarankan untuk menggunakan Baby Blossom Baby Oil untuk kulit sensitif. Untuk remaja dan orang dewasa, Pretty Blossom Serum untuk kulit sensitif sesuai untuk digunakan pada kulit muka. Bahan-bahan semulajadi didalam serum tidak memudaratkan kulit sensitif dan ianya selamat untuk digunakan setiap hari.
Tips Untuk Menggunakan Serum Muka
Berikut ialah penerangan ringkas untuk menggunakan serum muka. Kepada yang pertama kali mencuba serum, maklumat berikut amat bermanfaat untuk anda.
Tips1: Cuci muka
Sebelum menggunakan serum, cuci muka dengan sabun dan air suam untuk membersihkan muka terutamanya mekap, dan debu yang ada dipersekitaran. Sekiranya serum digunakan sebelum mencuci muka, kadar penyerapan tidak sempurna dan kotoran boleh terperangkap dipori-pori kita. Pori-pori tersumbat boleh menyebabkan jerawat sekiranya tidak dielakkan.
Tips2: Gunakan serum
Selepas mencuci muka, kulit akan menjadi basah. Lap dengan lembut menggunakan tuala terlebih dahulu sebelum menggunakan serum. Sekiranya terlupa dan muka telah menjadi kering, anda boleh basahkan muka dengan air atau pun menggunakan toner sebelum memakai serum. Kadar penyerapan lebih baik jika serum digunakan semasa kulit masih basah berbanding kering. Ini kerana, lapisan luar kulit yang basah akan memindahkan kelembapannya kedalam kulit yang lebih kering. Oleh itu, serum turut meresap masuk pada masa yang sama.
Tips3: Sebelum Tidur
Semasa tidur, kulit dengan aktif memperbaharui sel-sel kulit. Oleh itu, amat berguna sekiranya serum digunakan semasa tidur kerana ia boleh menjadi pemangkin atau booster kepada kulit untuk memperbaharui sel. Oleh itu, pakai serum sebelum tidur, dan bangun dengan kulit yang lebih muda dan berseri (glowing).
Tips3: Masker muka
Jika rajin membuat masker sendiri dirumah, contohnya masker buah avocado atau mana-mana resepi masker homemade yang anda minati, serum boleh ditambah kedalam masker tersebut. Dengan menambah beberapa titis serum, anda boleh meningkatkan kandungan nutrient pada masker. Oleh itu, hasilnya akan jadi lebih memuaskan.
Cubalah Pretty Blossom Serum Untuk Penjagaan Kulit Sensitif
Produk yang berasaskan bahan kimia sememangnya tidak sesuai untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, apatah lagi seseorang yang mengalami kulit sensitif. Untuk mengelakkan kulit kering, bebas jerawat, menghilangkan kedut, mana mungkin seseorang yang mempunyai kulit sensitif boleh menggunakan 4-5 jenis produk sekali pakai. Sebagai alternatif, gunakan serum Pretty Blossom untuk kulit sensitif untuk menjaga kesihatan kulit muka. Serum serbaguna ini boleh menggantikan krim jerawat, krim pelembap muka, krim anti aging, dan pelbagai lagi produk penjagaan kulit yang lain. Dengan itu, pengguna juga boleh berjimat dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menjaga kesihatan kulit setiap hari.
Sekiranya ingin membuat pembelian, sila hantarkan maklumat anda disini. Pembeli juga boleh terus whatsapp kepada ejen untuk memaklumkan pembelian.  

Teruskan membaca info kecantikan cara semulajadi disini:
1) Apakah perbezaan krim pemutih berasaskan bahan kimia dan serum bebas bahan kimia
2) Tips-tips mencegah jerawat
3) Tips mudah dan semulajadi untuk awet muda 

Bonus Read!
Kelebihan Produk Pretty Blossom Serum:
1) Merupakan serum yang bertindak sebagai PEMBEKAL NUTRIENT untuk kulit muka dan melindungi muka dari penuaan, kerosakan sel akibat tindakbalas kimia daripada penggunaan makeup dan pencemaran (debu,gas,UV) dari persekitaran💖
2) Membekalkan nutrient pada kulit bersesuaian dengan keperluan antiaging, whitening dan antiacne💖
3) Boleh dipakai berulangkali kerana tiada risiko bahan kimia💖
4) Kesan seawal 1 hari untuk menghilangkan kedutan halus, kulit kering, dan menegangkan muka💖
5) Tiada masalah jerawat terutamanya apabila dekat musim 'period'💖
6) Kulit muka menjadi lebih cerah seawal seminggu dan kekal berseri dengan penggunaan yang konsisten (kerana nutrient dibekalkan berterusan)💖
7) Melawan proses penuaan dan kulit kelihatan sentiasa muda💖
8) Menegangkan kulit muka dan mengaktifkan penghasilan kolagen (kerana vitamin C dibekalkan terus kepada kulit)💖
9) Whitening serum dan Antiaging serum boleh digunakan bersama untuk mencerahkan kulit disamping melawan proses penuaan.💖
10) Antiacne serum dan whitening serum boleh digunakan bersama untuk mencegah jerawat, memudarkan parut dan mencerahkan kulit.
11) Proses pembuatan serum tidak melibatkan emparan dan haba oleh itu kualiti nutrien didalam serum tidak terjejas💖
12) Amat sesuai digunakan untuk wanita, lelaki dan remaja💖
13) Kulit bersih,cantik dan cerah tanpa MakeUp💖
14) 1 botol serum boleh digunakan (bekalan) untuk 3-4minggu💖
15) Formulasi tidak melekit dan cepat meresap kedalam kulit💖
16) Botol glass dropper yang digunakan mempunyai ciri-ciri penghalang uv supaya kualiti nutrien didalam serum tidak terjejas💖
17) .Bebas bahan kimia yang mengganggu hormon dan sistem kitaran haid 💖
Do contact us for purchase 💻📞📞📞 (PM/Whatsap)
Price:
RM39.50 for all over Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan