Pretty Blossom Anti Aging Serum



Pretty Blossom AntiAging Serum.

Pretty Blossom Anti Aging Serum ialah serum muka berasaskan bahan-bahan semulajadi tanpa sebarang tambahan bahan kimia sebagai pengawet, pewarna dan pewangi. Masalah dengan produk penjagaan kulit pada masa kini ialah kandungan bahan kimianya yang memberi kesan sampingan kepada kulit kita.


Kita semua berbeza dari segi cara hidup, kebersihan, pemakanan, cuaca, dan system pertahanan badan (immunity). Reaksi seseorang terhadap bahan kimia cuma dua iaitu reaksi kronik(jangkamasa panjang) dan akut (jangkamasa pendek atau segera). Manakala bahan kimia merupakan racun dalam keadaan yang tertentu seperti berlebihan dos, punca allergic kepada badan seseorang, dan sama sekali tidak boleh dimakan apatah lagi disapukan kepada kulit.

Oleh itu, apabila seseorang menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia sejak kecil lagi atau dizaman remaja, masalah utama yang sering dilihat ialah masalah hormon. Kenapa seseorang itu terlalu gemuk, terlalu kurus, sering bermasalah jerawat, rambut gugur, atau kitaran haid tidak normal sedangkan dia mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam? Produk harian seperti sabun, syampu, pencuci muka, sabun cuci kain, pencuci lantai, minyak wangi dan pelbagai lagi produk dirumah yang digunakan setiap hari telah meracun badan seseorang itu dan memberi kesan negatif kepada sistem hormon didalam badan. Didalam blog Our Natural Remedy menyatakan, seseorang lazimnya perempuan menggunakan 16 jenis produk selepas mandi dan mendedahkan diri kepada bahan kimia didalam produk-produk tersebut sebanyak 32 KALI SEHARI, 224 KALI SEMINGGU, 960 KALI SEBULAN dan 11520 KALI SETAHUN.

Masih tidak sedar lagi berapa banyak bahan kimia yang kita gunakan setiap hari? Bahan kimia itu bukan dalam bentuk racun rumput, racun nyamuk, racun tikus yang kita sapu ke kulit. Tetapi bahan yang lebih kurang sama telah kita gunakan ke kulit kita melalui penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia seperti sabun mandian kita, syampu dan conditioner, minyak wangi branded yang kita gemari dan juga sabun cuci kain kita, fabric softener, bleach untuk memutihkan baju dan pencuci piring kita dirumah. Wanita senang terdedah dengan bahan kimia disebabkan kerja-kerja pembersihan dan mencuci kain dirumah selalunya dilakukan oleh wanita, disamping itu wanita sering menggunakan kosmetik dan set penjagaan kulit yang bermacam-macam jenis setiap hari. Oleh itu, kulit terutama wanita sering meresap bahan kimia yang lama kelamaan menjadi toksik kepada badan dan kulit.

Pretty Blossom Antiaging Serum Bebas Bahan Kimia

Fungsi utama serum ini ialah untuk membekalkan kulit dengan nutrient yang secukupnya supaya tanda-tanda penuaan kulit dapat dicegah dari awal. Kulit kita memerlukan Omega-6, Vitamin E, Vitamin C, kandungan antioxidant dan mineral lain untuk mengaktifkan penghasilan kolagen dan menghalang pembentukan kedut. Serum Pretty Blossom tidak mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kulit, sistem hormon dan organ dalaman kita. Kandungan nutrient didalam serum antiaging Pretty Blossom melindungi kulit daripada kesan negative bahan kimia didalam kosmetik harian kita. Bagaimana? Info lanjut adalah seperti berikut:

1.Sweet Almond Oil:
Minyak badam (sweet almond oil) mengandungi khasiat utama iaitu Vitamin E dan Vitamin K yang melindungi kulit daripada pembentukan kedut dan menghalang kesan penuaan dari awal. Ia juga menghalang kulit daripada pengoksidaan akibat factor radikal bebas yang berada dipersekitaran dan kosmetik kita. Faktor kerosakan radikal bebas atau Free radical damages merosakkan kulit seperti yang dinyatakan oleh Dr Andrea dan Dr Doris didalam sesi soal jawab di laman ShareCare.Com
Membekalkan protein dan asid amino yang mempercepatkan penghasilan kolagen untuk mengekalkan kulit yang muda dan anjal. Minyak badam juga melembapkan kulit dan menghalang pembentukan kedut halus. Oleh itu kulit akan menjadi sentiasa anjal dan sihat dari kekeringan.
Minyak badam melancarkan peredaran darah dibawah kulit, oleh itu apabila serum antiaging Pretty Blossom disapu dibahagian bawah mata, ia boleh menghilangkan dark circle dibawah mata dan mengelakkannya daripada kendur.

Ia juga membantu wanita-wanita bertudung yang sering mengalami masalah “belang” sebab kawasan muka yang tertutup dengan tudung dibahagian pipi lebih putih dari kulit muka dihadapan. Oleh itu, serum ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan kulit dan memutihkan semula kulit yang gelap akibat terdedah dengan matahari.

2.Minyak Bunga Matahari (Sunflower Seed Oil):
Vitamin E sangat penting dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru untuk mengekalkan kulit yang sentiasa muda, lembut, tegang, dan tidak berkedut. Sunflower Seed Oil merupakan minyak semulajadi yang paling tinggi kandungan Vitamin E seperti yang dinyatakan oleh healthaliciousnet.com

Vitamin E didalam Minyak bunga matahari mempercepatkan penyembuhan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melawan pengoksidaan dari free radical damages. Kulit akan digantikan dengan sel-sel baru dengan cepat oleh itu, ia mencegah daripada kulit berkedut dan mencegah penuaan pramatang kulit. Oleh kerana ia aktif dalam menggantikan sel kulit rosak, parut dimuka mudah untuk dipudarkan dan kulit akan menjadi lebih berseri dan seolah-olah kulit bayi (baby skin).

3.Orange Oil:
Minyak pati oren atau orange oil/ orange essential oil mengandungi Vitamin C yang penting untuk kulit. Vitamin C menjamin kulit menjadi sentiasa muda dan bebas kedutan kerana vitamin ini merangsang penghasilan kolagen setiap hari dan melancarkan peredaran darah di bawah kulit muka untuk menerima nutrient-nutrient yang diperlukan dengan sekata.

Minyak pati oren disukai wanita kerana aromanya yang wangi dan menenangkan. Menurut organicfacts.com minyak pati oren mengingatkan kita dengan perasaan gembira. Oleh itu orang yang menggunakan orange essential oil bukan sahaja mendapat kulit yang cantik tetapi lebih stabil dari segi emosi. Ia juga membantu dalam mengurangkan kesan panic, murung, dan memberikan semangat/motivasi untuk bekerja setiap hari.

Vitamin C juga merupakan vitamin yang tidak disukai oleh bacteria dan kulat. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jerawat dan ingin mencegah jerawat berpunca dari bacteria atau kulat, Serum antiaging Pretty Blossom boleh digunakan. Oleh itu, bakteria tidak dapat membiak dikulit muka dengan penggunaan serum antiaging Pretty Blossom setiap hari.

Keputusan Hazad Kimia Dari Environmental Working Group (EWG Skindeep)
EWG Skindeep merupakan organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan di Washington, Amerika Syarikat yang mendidik masyarakat untuk menggunakan produk yang bebas bahan kimia untuk menjaga kesihatan dan alam sekitar. Anda boleh ke laman web EWG Skindeep untuk memeriksa hazad kimia yang terkandung didalam produk harian anda.

 Pretty Blossom Antiaging Serum merupakan serum yang tidak mempunyai bahan kimia tetapi tidak salah jika kita ingin memeriksa kandungannya di EWG Skindeep. Berikut ialah hasil keputusan pemeriksaan;



Bahan-bahan yang digunakan didalam formula serum Pretty Blossom tidak merbahaya dan diskorkan sebagai 1/10, iaitu hazad kimia yang amat rendah. Tiada risiko penyebab kanser, kerosakan organ dan sistem reproduktif (sistem peranakan), tidak menyebabkan gangguan hormon, sistem imun, dan metabolisma badan dilaporkan.

Satu nota diatas menunjukkan bahawa pati buah oren tidak menyebabkan risiko kesihatan kepada manusia, tetapi ia toksik kepada hidupan laut.

Serum Berasaskan Bahan Semulajadi Membekalkan Nutrient Penuh

Serum muka digunakan selepas mandi untuk mengelakkan muka daripada menjadi kering akibat pencuci muka yang mengandungi SD Alcohol atau Alcohol. Pada masa yang sama nutrient didalam serum menjaga kulit muka daripada berkedut, dan kendur. Dengan formulasi yang sesuai, ia boleh memberikan kesan whitening dan lifting kepada kulit.

Memandangkan serum dipasaran kebanyakannya dihasilkan daripada bahan kimia yang lazimnya meniru khasiat bahan-bahan semulajadi, serum berasaskan bahan kimia lebih murah dihasilkan dan syarikat pengeluar boleh menjualnya dengan harga yang lebih mahal untuk keuntungan mereka. Ditambah lagi dengan iklan yang hebat serta bantuan model terkenal dan selebriti, serum berasaskan bahan kimia mendapat sambutan dikalangan masyarakat. Sekiranya anda ingin mengetahui apakah kesan sampinga kandungan bahan kimia didalam kosmetik anda, sila ke laman web Environmental Working Group (EWG).

Seperti juga makanan yang membekalkan khasiat ke tubuh badan kita, begitu juga prinsip yang patut kita amalkan untuk kulit kita. Kenapa sapukan bahan kimia ke muka sedangkan kita tidak akan telan bahan kimia masuk melalui mulut ke dalam perut? Organ terbesar kita ialah kulit, oleh itu apa yang disapu diatas kulit akan meresap masuk dan boleh merosakkan organ dalaman kita juga.

Dengan menggunakan produk bebas bahan kimia, kita melindungi kulit dan diri kita daripada hazad bahan kimia merbahaya. Serum berasaskan semulajadi mengandungi tidak lain dan tidak bukan hanyalah khasiat semulajadi yang memberi kesan seawal beberapa minit kepada kulit. Berdasarkan laporan dari gcimagazine.com permintaan pengguna untuk produk penjagaan kulit dan kosmetik organik dan semulajadi semakin meningkat dan dijangka mencecah nilai USD13.2 bilion pada tahun 2018. Pengguna pada masa kini mempunyai kesedaran yang tinggi dan memilih produk yang selamat (bebas bahan kimia) untuk penjagaan kulit dan kebersihan diri. Negara Jepun dan China merupakan negara utama yang mengeluarkan produk organic terbesar di Asia.

3 Cara Menggunakan Antiaging Serum Pretty Blossom

Mungkin selama ini dalam pemahaman kita serum hanya digunakan sebelum tidur sebagai rutin skincare night repair  dirumah, betul kan? Sebenarnya, serum ialah pembekal nutrient yang memberikan khasiat terus kepada kulit untuk merawat kulit seperti yang kita ingini.
Serum antiaging Pretty Blossom berkesan mencagah penuaan, dan boleh digunakan melalui pelbagai cara. Ketahui cara menggunakan serum untuk penjagaan kulit yang maksimum seperti berikut:

1. Semasa mencuci muka –
Selepas pencuci muka telah berbuih ditapak tangan sebelum mencuci muka, titiskan 2-3 titik serum antiaging Pretty Blossom dan campurkan didalam buih tersebut. Cara ini akan meningkatkan lagi khasiat didalam pencuci muka dan memudahkan penyerapan nutrient serum pada kulit muka. Serum amat mudah meresap ke dalam kulit apabila kulit dalam keadaan basah berbanding semasa kulit kering. Cuci muka dan bilas seperti biasa. Kulit menjadi lebih cerah dan lembut setiap kali mencuci muka.

2. Sebelum menggunakan mekap-
Mekap kita mempunyai pelbagai bahan kimia yang memberi tindakbalas kepada kulit terutama sekali mengeringkan kulit dan menambah kedut. Oleh itu, sebelum menggunakan mekap, gunakan serum antiaging Pretty Blossom sebagai persediaan awal kulit untuk mencegah tindakbalas kimia dan free radical damages yang merosakkan kulit. Serum antiaging Pretty Blossom mengandungi antioksidan yang terkandund didalam sweet almond oil, orange oil, dan sunflower seed oil. Oleh itu ia boleh mencegah kerosakan kulit semasa kita menggunakan mekap. Dengan mengamalkan penggunaan serum setiap hari, kesihatan kulit dapat dikekalkan dan bebas dari teroksida akibat free radical damages dari mekap dan juga persekitaran.

3. Sebagai Face Mask
Jika anda suka membuat face mask sendiri dirumah, serum antiaging Pretty Blossom boleh ditambahkan kepada mask tersebut untuk meningkatkan lagi nutrient yang bakal diserap ke dalam kulit. Satu resepi yang mudah untuk awet muda secara semula jadi dialah menggunakan masker muka dari putih telur.
                Asingkan putih telur dan tambahkan 2-3 titis serum antiaging Pretty Blossom. Campurkan dengan sekata sebelum masker tersebut disapukan keseluruh muka. Putih telur mempunyai kandungan protein yang tinggi disamping mineral-mineral lain yang baik untuk kesihatan kulit. Selepas disapu rata dikulit, biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas menggunakan air biasa. Masker telur ditambah dengan serum antiaging Pretty Blossom sesuai digunakan untuk memperbaharui sel-sel kulit, menyingkirkan sel-sel mati, membuang black heads, mencerahkan kulit, dan rutin harian untuk awet muda.

Serum Antiaging Pretty Blossom, 5ml, RM39.50
November-December Promotion 🎉🎉🎉
Buy 2 Get 1 Free🎉🎉🎉
Price: 
Serum RM39.50 
Poslaju
RM12 SM RM9 SS 

Terus ke pembelian online disini.

Terus ke pertanyaan lanjut disini.
#MalaysiaLoveNatural
#PrettyBlossom
#NoChemical
#BeautifulAndHealthy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan