Pretty Blossom Anti Acne Serum



"Kenapa kulit berjerawat? Bermacam-macam produk telah dicuba tetapi masih lagi kulit berjerawat teruk? Dimana silapnya ni.. Inilah dilema untuk sesiapa yang mempunyai masalah jerawat. Mungkin ada cara-cara penjagaan muka yang anda terlepas pandang."

Pretty Blossom Anti Acne Serum
Pretty Blossom Anti-Acne serum ialah serum yang mengandungi bahan-bahan semulajadi yang berkesan untuk mencegah pembentukan jerawat. Ia lebih kepada mencegah kerana setiap remaja
dan wanita tahu keadaan kulit sendiri dan bila atau situasi yang mana boleh menyebabkan jerawat. Pretty Blossom Anti-acne serum diperbuat dari minyak kelapa dara dan essential oil yang mengandungi fungsi antibakteria, mengawal pengeluaran sebum, antioksidan, dan antiinflammatory untuk kulit yang senang berjerawat dan sensitif.

Fungsi Utama Serum Pretty Blossom AntiAcne

Serum ini merupakan pencegah kepada pembentukan jerawat. Ia mencegah kulit daripada menjadi terlalu berminyak kerana pengeluaran sebum yang berlebihan boleh menyumbat pori-pori muka. Pori-pori muka yang tersumbat menyebabkan jerawat timbul selepas beberapa jam. Selain daripada itu, kandungan antibakterianya melindungi kulit daripada jangkitan kuman yang boleh menyebabkan jerawat. Bagi kulit yang jenis sensitif, jerawat turut timbul apabila hormon menjadi tidak seimbang secara tiba-tiba.

Selain daripada fungsi utama diatas, serum antiacne Pretty Blossom juga boleh digunakan untuk:
Mengatasi masalah jerawat dan kulit berminyak
Membersihkan parut jerawat
Membantu memulihkan kulit yang rosak akibat masalah jerawat

Bahan Semulajadi Didalam Serum AntiAcne Pretty Blossom
Pretty Blossom Anti Acne serum diperbuat daripada Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil), Tea Tree Oil, Pati Bunga Lavender (lavender essential oil) , Pati Buah Oren (orange essential oil), dan Pati Buah Lemon (lemon essential oil). Bahan-bahan tersebut mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan kulit dan apabila digabungkan, formulasinya membantu dalam mencegah pembentukan jerawat dengan berkesan. Berikut ialah maklumat lanjut mengenai khasiat penting didalam bahan-bahan serum yang penting dalam mencegah kulit berjerawat.

Virgin Coconut Oil: Virgin Coconut OIl (VCO) mempunyai khasiat penting seperti antibakteria dan antifungi yang membantu dalam mencegah atau merawat masalah jerawat. Menurut organicfacts.com VCO mempunyai fatty acids iaitu Capric Acid dan Lauric Acid yang menjadi pertahanan utama kulit dalam menghalang jangkitan kuman penyebab jerawat.

Jerawat bukan sahaja disebabkan oleh minyak berlebihan pada muka tetapi juga disebabkan oleh jangkitan bakteria. Ia bukan sahaja membantu dalam menghentikan pembentukan jerawat, malahan VCO mempunyai kandungan Vitamin E, Vitamin K dan antioksidan yang membantu dalam penghasilan sel-sel yang baru, memudarkan parut jerawat, dan menegangkan kulit untuk kekal awet muda. 

Kandungan phytonutients anti-aging dan vitamin meningkatkan lagi struktur kulit yang lebih sihat dan cantik. Minyak kelapa dara mudah meresap kedalam kulit. Oleh itu, selepas mencuci muka, lapisan perlindungan yang berasid dapat dikekalkan apabila menggunakan serum dan mencegah pembentukan jerawat. Vitamin E juga membantuk hormon dihasilkan dengan normal dan mengurangkan kesan kulit sensitif akibat hormon yang tidak stabil.

Tea Tree Oil: Tea Tree Oil amat berkesan dalam mencegah pembentukan jerawat yang disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat (fungal). Selain daripada itu, ia mempunyai Cicatrisant yang berfungsi memperbaiki sel-sel kulit yang rosak akibat terluka. Luka meninggalkan parut tetapi dengan bantuan Cicatrisant, ia dapat memudarkan kesan parut akibat jerawat. Memandangkan Tea Tree Oil mempunyai kandungan antibakteria, kulit akan dilindungi daripada jangkitan kuman dan menghindarkan jangkitan pada luka jerawat. Anda boleh dapati jerawat akan cepat surut dan tidak meninggalkan kesan parut.

Lemon Oil: Lemon oil merupakan bahan yang mengawal penghasilan minyak dimuka dengan berkesan dan sekaligus mengawal pembentukan jerawat dimuka. Selain daripada itu, ia dapat mencegah dan mematikan jerawat dengan kerana ia bersifat antiseptik. Lemon oil mempunyai bleaching semulajadi yang dipanggil limonene yang dapat mencerahkan kulit dan membantu dalam memudarkan parut jerawat. Haruman lemon yang segar juga membantu dalam mengurangkan stress. Jerawat juga timbut apabila seseorang mengalami stress kerana stress menyebabkan hormon menjadi tidak stabil dan jerawat terbentuk secara tiba-tiba.

Orange Oil: Orange oil bersifat antiseptik yang berkesan dalam menyembuhkan kulit dan mematikan jerawat. Untuk kulit yang sensitif, Pati buah oren boleh mengurangkan kesan kulit sensitif dan menyekat kuman/bakteria daripada membiak dan menjangkiti kulit. Kulat juga dapat dicegah daripada menjadi punca jerawat dengan penggunaan serum yang mengandungi pati buah oren. Memandangkan buah oren terkenal dengan kandungan antioksidan, tidak hairan serum ini berkesan memudarkan parut dan menghasilkan sel-sel kulit yang baru dengan aktif.

Lavender Oil: Jika serum antiacne cuma terdiri daripada Tea Tree Oil, sudah tentu susah untuk digunakan kerana bau woody yang kuat. Selainmemberi aroma yang menenangkan dan mengurangkan stress, pati bunga lavender mengurangkan penghasilan minyak pada kelenjar sebum. Oleh itu jerawat boleh dicegah kerana pori-pori tidak berisiko untuk tersumbat. Parut jerawat juga mudah dipudarkan kerana pati bunga lavender mempunyai khasiat antioksidan yang penting untuk menghasilkan sel kulit baru yang sihat.

Keputusan Pemeriksaan Bahan-Bahan Serum Pretty Blossom Anti-Acne Dari Environmental Working Group
Environmental Working Group atau EWG Skindeep merupakan satu badan bukan kerajaan yang mendidik semua pengguna diseluruh dunia untuk menggunakan produk yang bebas bahan kimia di Washington, Amerika Syarikat. EWG mencipta aplikasi online dimana anda boleh memeriksa label dan mendapatkan skor untuk hazad kimia produk tersebut. Produk yang mengandungi bahan kimia memudaratkan kesihatan tetapi syarikat pengeluar tidak memberitahu pengguna mengenai hal itu semata-mata mengaut keuntungan.

Berikut ialah hasil daripada pemeriksaan EWG untuk bahan-bahan didalam Pretty Blossom AntiAcne Serum



Tiada risiko toksik direkodkan oleh EWG Skindeep dan skor untuk hazad kesihatan produk ini adalah sangat rendah iaitu 1/10. Walaupun bahan-bahan semulajadi ini tidak toksik untuk badan, tetapi ingin diingatkan kepada sesiapa yang alergy kepada bunga (jarang, tapi ada juga terutama di negara barat) perlu menggunakan produk ini dengan cara yang betul dan jangan berlebihan.

Membuat Pembelian Secara Online
Buat masa ini, sesiapa yang ingin mencuba serum antiacne Pretty Blossom, anda boleh membuat pembelian disini secara online. Sila berikan maklumat pembelian dan bukti pembayaran, pesanan anda akan terus dihantar menggunakan perkhidmatan pos laju untuk didalam negara. Kami juga mempunyai perkhidmatan pos untuk pembeli diluar negara.

Pretty Blossom AntiAcne Serum Sesuai Digunakan Oleh Remaja dan Orang Dewasa
Masalah jerawat bermula dari zaman remaja. Pernah terfikir kenapa? Menurut webmd.com, jerawat bermula dari remaja lagi kerana perubahan hormon, oleh itu, pembentukan jerawat yang tidak disangka-sangka sememangnya mudah berlaku. Remaja yang aktif bersukan ataupun yang mempunyai kulit jenis berminyak amat mudah untuk mengalami masalah jerawat kerana penghasilan sebum yang berlebihan.

Mencuci muka merupakan amalan yang amat penting setiap hari untuk membersihkan pori-pori tersumbat dan mengatasi muka berminyak. Untuk mengekalkan kelembapan muka dan mengatasi penghasilan sebum yang berlebihan, serum anti acne Pretty Blossom perlu digunakan selepas mencuci muka. Bahan-bahan semulajadi didalam serum memainkan peranan masing-masing untuk mencegah jerawat yang berpunca daripada sebum berlebihan, jangkitan kuman, dan kulat.

Oleh kerana remaja dan orang dewasa terutamanya ibu mengandung mengalami perubahan hormon pada peringkat itu, menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia adalah merbahaya kepada kesihatan mereka kerana terdapat banyak bahan kimia didalam produk yang mengganggu kitaran hormon. Bahan kimia yang mengganggu kitaran hormon akan menyebabkan jerawat semakin teruk pada muka dan kulit akan bertambah rosak. Inilah jawapannya jika anda pernah menggunakan produk untuk jerawat tetapi ia tidak membuahkan hasil, bahkan keadaan kulit menjadi lebih teruk.

Selepas kulit menjadi teruk, sudah tentu stress. Lalu stress mengeruhkan lagi keadaan kerana kestabilan hormon semakin terganggu. Kerana inilah masalah jerawat seperti tidak akan berakhir. Jerawat boleh dicegah sekiranya anda tahu bahan yang boleh mencegah jangkitan kuman, jangkitan kulat, mencegah penghasilan sebum berlebihan, menstabilkan hormon, dan mengurangkan sensitiviti kulit. Tidak perlu lihat jauh, serum anti acne Pretty Blossom ialah salah satu penyelesaianya.

Bonusnya disini ialah ia bebas bahan kimia yang tidak diperlukan oleh badan kimia. Semua bahan kimia ialah racun dan bergantung kepada dos dan kekerapan penggunaannya, kesihatan badan kita boleh terjejas. Serum antiacne dari Pretty Blossom amat sesuai digunakan oleh remaja dan golongan dewasa kerana ia bebas dari bahan kimia yang memudaratkan kulit dan kesihatan.

Tips Mencegah Jerawat Secara Semulajadi
Semua orang mengalami masalah jerawat. Jangan ingat orang yang jarang ada jerawat dimuka sebenarnya tidak pernah mengalami masalah jerawat sepanjang hidupnya. Disini saya akan kongsikan cara untuk mengatasi masalah jerawat secara semulajadi tanpa menggunakan apa-apa krim jerawat dipasaran.

Tips1: Mencuci Muka
Amalkan mencuci muka 3 kali sehari untuk membebaskan muka dari debu dan mekap. Perempuan lebih senang berjerawat berbanding lelaki kerana menggunakan mekap yang tebal sehingga pori-pori tersumbat. Pori-pori tidak mungkin tersumbat sekiranya dibersihkan dengan sempurna. Oleh itu mencuci muka dengan sabun dan air suam amat penting untuk membersihkan muka dengan berkesan. Sebum atau minyak dimuka juga dapat dikawal jika anda mencuci muka pada waktu pagi, tengahari dan sebelum tidur.

Tips2: Kebersihan Tuala Dan Pakaian
Kebersihan tuala, pakaian, mahupun sarung bantal amat penting untuk mengekalkan kulit yang bebas jerawat. Sekiranya kita jarang mencuci tuala dan pakaian, kuman punca jerawat yang berada di tuala/pakaian akan menjangkiti kulit kita yang bersih. Oleh itu, tidak guna kita membersihkan muka sekiranya kuman masih didapati pada baju dan tuala. Sarung bantal juga perlu dicuci kerana kuman boleh berada pada sarung bantal.

Tips3: Tidak Perlu Picit Jerawat
Jika jerawat dipicit, kulit akan luka dan jangkitan kuman lebih senang berlaku. Sekiranya ada jerawat yang baru timbul, terdapat rawatan semulajadi yang boleh diamalkan. Semua rumah diMalaysia mesti ada bawang didapur, betul kan? Bawang mempunyai khasiat antioksidan, antikanser, dan antibakterial yang tinggi. Oleh itu, kikis sedikit lapisan bawang, dan letakkan pada jerawat selama 10-15minit ataupun sehingga kering. Hasilnya? Jerawat kecut serta merta dan tertanggal. Kulit juga tidak luka dan tiada parut. Oleh itu, tidak perlu memicit jerawat.

Tips4: Mencegah Jerawat
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Selepas mencuci muka, kita boleh menggunakan serum anti acne untuk mencegah jerawat. Serum antiacne Pretty Blossom melindungi kulit daripada jangkitan kuman dan mengurangkan sebum dihasilkan. Oleh itu kulit yang bersih lebih mudah dikekalkan.

Tips5: Kurangkan Stress
Jerawat dan stress memang berkaitan. Pada zaman yang serba mencabar sekarang, apa-apa pun boleh menyebabkan kita stress. Jalan sesak, harga barang meningkat, kesibukan kerja dan sebagainya, semuanya boleh menyebabkan stress. Oleh itu, kawallah emosi kita dan jauhkanlah faktor-faktor menyebabkan stress seperti ini. Stress lebih banyak memberikan kesan negatif dari kesan yang positif. Oleh itu, hindari stress dan berusaha untuk menjalani hidup yang lebih ceria setiap hari.

Cubalah Serum Pretty Blossom Anti Acne Sekarang
Bahan kimia digunakan secara meluas dalam pengeluaran produk dan makanan pada zaman ini. Tidak hairan orang zaman sekarang sudah tidak sesihat orang pada zaman 80an atau 40an dimana semua makanan, pakaian, produk, dan ubat adalah dari sumber semulajadi. Oleh kerana kesedaran yang dikempen oleh EWG Skindeep dan juga badan-badan bukan kerajaan diseluruh dunia, permintaan untuk produk semulajadi semakin meningkat kerana kepentingannya dalam kesihatan.

Pretty Blossom AntiAcne, 5ml, RM39.50 dan penghantaran percuma diseluruh Malaysia. SIla buat pesanan disini hari ini.

Pilih artikel selanjutnya:
1) Skincare organic lambat berkesan atau cepat?
2) Apakah punca kulit sensitif? 
3) Bagaimana untuk menghilangkan kedutan seawal 1 hari?

Bonus Facts!

Kelebihan Produk Pretty Blossom Serum:
1) Merupakan serum yang bertindak sebagai PEMBEKAL NUTRIENT untuk kulit muka dan melindungi muka dari penuaan, kerosakan sel akibat tindakbalas kimia daripada penggunaan makeup dan pencemaran (debu,gas,UV) dari persekitaran💖
2) Membekalkan nutrient pada kulit bersesuaian dengan keperluan antiaging, whitening dan antiacne💖
3) Boleh dipakai berulangkali kerana tiada risiko bahan kimia💖
4) Kesan seawal 1 hari untuk menghilangkan kedutan halus, kulit kering, dan menegangkan muka💖
5) Tiada masalah jerawat terutamanya apabila dekat musim 'period'💖
6) Kulit muka menjadi lebih cerah seawal seminggu dan kekal berseri dengan penggunaan yang konsisten (kerana nutrient dibekalkan berterusan)💖
7) Melawan proses penuaan dan kulit kelihatan sentiasa muda💖
8) Menegangkan kulit muka dan mengaktifkan penghasilan kolagen (kerana vitamin C dibekalkan terus kepada kulit)💖
9) Whitening serum dan Antiaging serum boleh digunakan bersama untuk mencerahkan kulit disamping melawan proses penuaan.💖
10) Antiacne serum dan whitening serum boleh digunakan bersama untuk mencegah jerawat, memudarkan parut dan mencerahkan kulit.
11) Proses pembuatan serum tidak melibatkan emparan dan haba oleh itu kualiti nutrien didalam serum tidak terjejas💖
12) Amat sesuai digunakan untuk wanita, lelaki dan remaja💖
13) Kulit bersih,cantik dan cerah tanpa MakeUp💖
14) 1 botol serum boleh digunakan (bekalan) untuk 3-4minggu💖
15) Formulasi tidak melekit dan cepat meresap kedalam kulit💖
16) Botol glass dropper yang digunakan mempunyai ciri-ciri penghalang uv supaya kualiti nutrien didalam serum tidak terjejas💖
17) .Bebas bahan kimia yang mengganggu hormon dan sistem kitaran haid 💖
Do contact us for purchase 💻📞📞📞 (PM/Whatsap)
Price:
RM39.50 for all over Malaysia.
✔Shipping Included
✔Buy 4 item, 25% discount on 4th item!
✔Special offer for DROPSHIPPER!

 
Health Benefits:
Virgin Coconut Oil:
• Improves health and appearance of the skin with vitamins and anti-aging phytonutrients.
• Replace the protective acid layer on the skin that keeps acne away after washing the face.
• Antimicrobial properties such as Capric Acid and Lauric acid reduces risk of microbial infections that may cause acne
• Reduce skin inflammation from acne and quickly penetrates to the skin.
• Rich in Vitamin K and E to keep the skin cell healthy and renewed
• Vitamin E to keep the hormone regulates normally.

Lemon oil:
• Its antiseptic properties help in treating acne and other skin disorders.
• Naturally lightening skin and reduce acne scar
• Reduce excessive oil in the skin that can contribute to acne
Lavender oil:
• Inhibits bacteria that causing infection near the sebum glands.
• To prevent over-excretion of sebum
• Reduce signs of scarring and heal the acne scar
Orange Oil:
• Provide relief from inflammation externally.
• Inhibits microbial growth that can cause acne and disinfects wounds by its antiseptic properties.
• Avoid fungal infections as it can inhibit microbial growth.
• Cures acne scar, prevent acne breakouts, and cure dermatitis.
Tea Tree Oil:
• Prevent infections by its antibacterial properties.
• Contains Cicatrisant property which heal wounds quickly
• It has antimicrobial properties to prevent infections from certain microbes.
• It has antiseptic properties to prevent the wounds from bacteria and fungi infection.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan