Terdapat banyak sebab-sebab mengapa kita
semua perlu mendapatkan alternatif yang lebih semula jadi apabila kita hendak
memilih dan membeli produk peribadi seperti sabun, shampu, mahupun set
penjagaan kulit bayi. Kesihatan diri kita bergantung dengan apa makanan dan
produk yang kita gunakan setiap hari. Sekiranya ianya berkhasiat, tubuh badan
kita pasti mendapat manfaat dan kekal sihat untuk keesokkan hari. Sebaliknya,
jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan menggunakan terlalu banyak
bahan kimia dalam produk dan makanan seharian kita, sudah tentu kita boleh
menghidap pelbagai penyakit pada bila-bila masa kerana kesan bahan kimia yang
telah terkumpul didalam tubuh badan kita.
Manfaat dan faedah TERBESAR apabila
menggunakan produk semulajadi ialah kita dapat menghindarkan tubuh badan
terutama sistem saraf dan organ dalaman kita daripada dirosakkan oleh bahan
kimia. Sehingga kini, belum ada syarikat yang mengeluarkan produk berani
mengumumkan kesan sampingan pada produk mereka yang mengandungi bahan kimia
sebagai pengganti bahan-bahan semulajadi. Namun, sudah tentu tiada syarikat
yang akan tampil menyatakan kesan sampingan sedemikian, kerana mereka tahu
sekiranya kesan sampingan bahan kimia didedahkan kepada orang awam, produk
mereka akan disita atau ditarik balik dari pasaran sebelum sempat dijual.
Kedua, produk-produk semulajadi ataupun natural product adalah bebas daripada
pewarna tiruan dan wangian tiruan (fragrance/parfum).
Sebaliknya warna dan bau indah diperolehi daripada sumber-sumber alami tertentu
seperti minyak kelapa dara, mangga, betik, lemon, atau minyak limau mandarin, dan
pelbagai bahan yang lain lagi. Memang wangian dapat diekstrak secara semulajadi
daripada tumbuh-tumbuhan namun kosnya amat mahal dan ini merugikan
syarikat-syarikat pengeluar. Oleh kerana itu, banyak syarikat yang mengambil
jalan pintas dalam penghasilan produk dan menggunakan alternatif bahan kimia
untuk menggantikan bahan semulajadi yang sepatutnya digunakan.
Ketiga, kulit adalah organ terbesar dan
yang ada untuk melindungi kita. Ia telah dikaji bahawa lebih daripada 50%
daripada apa yang kita gunakan pada kulit kita boleh diserap ke dalam aliran
darah kita dalam beberapa minit sahaja. Ini menimbulkan soalan "mengapa
anda meletakkan sesuatu yang amat toksik dan sama seperti racun kepada salah
satu organ yang paling penting pada anda"? Adakah kerana anda tidak tahu
potensi keracunan yang disebabkan oleh bahan tersebut atau anda tutup mata
sahaja demi kecantikan sementara dan kepuasan diri semata-mata.
Kerana, bahan-bahan dalam produk semula
jadi dan organik yang datang dari alam semula jadi lebih bersih dan suci
daripada risiko kesihatan seperti alahan, kerengsaan kulit, reaksi atau
tindakbalas bahan kimia, dan kesan-kesan sampingan yang boleh membahayakan
kulit dan kesihatan anda. Kesan sampingan terhadap pengguna berbeza-beza dari
segi simptom dan masa berlaku kerana ketahanan imun, pemakanan, cuaca, dan cara
hidup kita yang berbeza-beza. Tetapi apa yang pasti, semua bahan kimia akan
menunjukkan kesan negatif kepada pengguna sama ada dalam jangka masa panjang
atau pendek bergantung kepada umur dan tahap kesihatan seseorang.
Mencari produk yang bebas bahan kimia
memang mudah pada zaman yang serba moden dan online pada masa ini. Namun, bukan
semua mampu memiliki produk yang berkenan dihati kerana faktor bajet, sekatan
kastam, peraturan akta dan macam-macam lagi.
Kesedaran mengenai produk semulajadi di
Malaysia semakin meningkat, tetapi belum sehebat negara-negara luar seperti UK,
USA, Eropah, Taiwan, dan Jepun. Negara-negara tersebut lebih maju daripada kita
dan kesedaran mereka terhadap penggunaan bahan kimia didalam produk kosmetik,
ubat-ubatan dan makanan amatlah tinggi. Pelbagai akta dan peraturan
dibincangkan dinegara mereka untuk melindungi pengguna dan anak-anak mereka
daripada kezaliman syarikat pengeluar produk yang menggunakan bahan kimia
merbahaya untuk dijual kepada mereka. Ada juga syarikat yang menipu pelabelan
produk dan menyatakan produk mereka semulajadi dan organik, padahal tidak sama
sekali dan bahan kimia tetap dikesan hasil persampelan produk yang dijalankan
oleh pihak berkuasa disana. Kes saman menyaman kerana penipuan yang
membahayakan kesihatan masyarakat tidak pernah surut kerana amat sukar untuk
mengubah pemikiran syarikat yang cuma mementingkan keuntungan diri daripada menghasilkan
produk yang sihat dan selamat untuk pengguna.
Dengan memilih produk semula jadi dan
organik anda boleh memberi kesan positif, bukan sahaja untuk kesihatan anda
sendiri dan keluarga, tetapi juga dapat mendidik syarikat-syarikat seperti ini
yang cuba menembusi pasaran di Malaysia dan membawa produk-produk “reject” mereka disana ke negara kita.
Maklumat semua ada dihujung jari, oleh itu, sebelum membeli produk, hendaklah
memeriksa label produk terlebih dahulu untuk mengenalpasti bahan-bahan
didalamnya.
Produk Baby Blossom dan Pretty Blossom
menggunakan bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia kerana kesihatan diri
amat bergantung dengan amalan seharian kita. Bahan-bahan semulajadi bukan
sahaja mencantikkan dan menyihatkan tubuh badan, bahkan menghindarkan diri kita
daripada terkena penyakit yang dibawa oleh bahan kimia seperti gangguan hormon,
kegagalan sistem saraf, dan kerosakan organ-organ dalaman.
Cuba fikir, hormon, sistem saraf, dan
organ, ada dijual dipasar malam atau dikedai-kedai sekiranya dibadan kita
mengalami kerosakan? Kalaupun ada, murahkah harganya? Selamatkanlah diri dari
menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia. Sekiranya tidak tahu, semua
ini boleh dipelajari. Anda juga boleh bertanya disini sekiranya ingin tahu
kesan bahan kimia yang anda ragui.
Selamat tinggal produk berbahan kimia.
Malaysia akan tetap menggunakan produk
semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan diri.
Xoxo
From Me,
Miss Healthy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan