Baby Blossom Baby Oil Untuk Kulit Normal (For Normal Skin)



Baby Blossom Baby Oil Normal, 250ml, Produk Malaysia

Memperkenalkan minyak bayi yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Baby Blossom baby oil merupakan sejenis natural remedy untuk penjagaan kulit dan rambut bayi dan dihasilkan melalui kaedah moden tanpa sebarang penggunaan bahan kimia. Bahan-bahan didalam Baby Blossom Baby Oil untuk kulit normal ialah Minyak Kelapa Dara, Lavender essential oil dan Dil essential oil.
Dan semestinya, Tiada pengawet tiruan, Tiada bahan kimia, Tiada wangian tiruan, Tiada Triclosan, Tiada Paraben, Tiada Mineral Oil.

Manfaat Kesihatan Dari Bahan Semulajadi Yang Digunakan

1.Minyak Kelapa Dara (VGO)
Merupakan minyak yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan sejak zaman dahulu lagi di merata negara di dunia. Khasiatnya yang tinggi menjadikannya salah satu minyak yang amat sesuai untuk penjagan kulit dan rambut bayi.

VCO amat sesuai digunakan sebagai pelembap harian kulit, minyak rambut, minyak urut, dan rawatan kulit terhadap gigitan serangga, luka, ruam lampin dan menghindarkan atau melegakan ekzema. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat yang membantu kulit untuk sembuh daripada jangkitan kuman dan mecegah ruam.

Minyak kelapa dara amat melembapkan kulit oleh itu ia sesuai untuk mencegah kulit bayi daripada kering. Terutama sekali, sapukan minyak kelapa pada kulit bayi selepas mandi, kesan kelembapannya akan bertahan sehingga berjam-jam lamanya.

Vitamin E semulajadi dan antioksidan dalam VCO membantu kulit bayi untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat dan perlindungan daripa simptom-simptom ekzema. Bayi yang mempunyai masalah ekzema sering mengalami kulit kering yang cenderung memberi kesan gatal dan rasa yang kasar. Masalah ini amat mudah diatasi dengan adanya khasiat Vitamin E untuk memelihara kulit bayi.

Anda tidak perlu bimbang jika bayi itu menghisap ibu jari atau jari kaki selepas menggunakan minyak ini kerana ia adalah selamat untuk dihadam. Proses membuat minyak kelapa juga bebas dari penggunaan bahan kimia, oleh itu, tiada sedikit pun bahan kimia boleh terkandung didalam minyak kelapa dara.

2.Lavender Oil
Lavender essential oil sering dikaitkan dengan kesan aromaterapi yang boleh menenangkan sesiapa saja yang menghidunya. Ia bukan sahaja wangi, tetapi ia merangsang deria kita untuk kesan emosi yang tenang dan relax. Amat sesuai untuk bayi kerana ia memberikan wangian yang lembut dan memudahkan bayi untuk menjadi lebih tenang dan mudah tidur nyenyak. Berdasarkan maklumat dari Dr. Axe aroma dari lavender mampu menghilangkan sakit kepala untuk orang dewasa.

Lavender oil mempunyai senarai khasiat yang baik untuk kesihatan kulit seperti menghilangkan kesan parut dan mencegah jangkitan kuman pada luka. Ia juga sesuai untuk mencegah ekzema dan psoriasis. Vitamin dan terkandung didalam lavender essential oil ialah Vitamin E dan Vitamin A.

Vitamin A amat baik untuk kulit kerana ia melindungi kulit daripada penuaan dan kerosakan akibat free radical damages akibat pencemaran bahan kimia disekeliling kita. Vitamin E juga melindungi kulit daripada kesan UV dan menyembuhkan sel-sel kulit yang rosak dengan cepat. Sekiranya kulit bayi cenderung mendapat ekzema, Vitamin A dan E yang cukup dapat menghalang daripada simptom-simptom ekzema kembali semula.

Antioxidant dan Vitamin didalam Lavender essential oil melindungi kulit daripada sunburn. Selain daripada itu, ia juga mampu melindungi kulit bayi daripada jangkitan kuman dan kulat.

3. Dill Oil
Mungkin ada diantara kita yang belum pernah dengar khasiat dari Dill Oil ataupun nama saintifiknya Anethum Sowa. Dill ialah sejenis herba yang mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan kulit. Berdasarkan maklumat Organic Facts Dill oil berkesan untuk melindungi kulit dan luka daripada jangkitan kuman. Ia amat sesuai untuk bayi kerana tiada bahan kimia diperlukan untuk membersihkan luka atau menjaga kesihatan kulit bayi.

Khasiat yang terkandung didalam Dill oil yang paling utama seperti yang diberitahu oleh Dr. Mercola ialah antioxidant, antifungal dan antibakteria. Oleh itu, ia amat penting dalam melindungi dan mencegah kulit dari kesan-kesan penuaan, jangkitan kuman dan kulat.

Mengapa Bahan Semulajadi Lebih Sesuai Untuk Bayi?
Jawapan utama ialah, diakan bayi. Tubuh badan bayi semua masih suci daripada bahan kimia. Setiap bahan kimia mempunyai kesan sampingan kepada kesihatan walaupun dalam dos yang sedikit kepada bayi.

Mungkin bahan kimia menunjukkan kesan kronik kepada orang dewasa kerana tubuh badan orang dewasa lebih kuat dari segi ketahanan imuniti badan. Tetapi untuk bayi, jika terdedah dengan bahan kimia, bayi amat cepat jatuh sakit dan simptom yang paling senang dilihat ialah pada kulit bayi itu sendiri.

Apabila bayi terdedah kepada bahan kimia, contohnya mineral oil dan fragrance kulit bayi akan menunjukkan simptom allergy seperti ruam, kegatalan, dan membengkak akibat tindakbalas kulit dan bahan kimia yang terkandung didalam 2 bahan asing tersebut. Fragrance atau parfum kebiasaannya tidak diperbuat dari bahan semulajadi kerana kos yang tinggi. David Suzuki mendedahkan terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia digunakan untuk menghasilkan fragrance dan untuk menstabilkan wangiannya. Diantara bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan fragrance berupaya untuk menyebabkan penyakit kanser iaitu styrene seperti yang telah diumumkan oleh Environmental Working Group.

Baby Blossom Baby Oil Yang Wangi Secara Semulajadi
Wangi ialah salah satu ciri utama sebelum membeli produk. Kalau dilabel botol tertulis unscented atau fragrance-free mesti ada ibu-ibu yang terus tidak membelinya sebab tidak wangi. Kalau difikirkan, kenapa pilih yang wangi kalau fragrance itu sendiri menyebabkan kanser? Banyak ongkos diperlukan sekiranya ingin membiayai perbelanjaan rawatan kanser.. (semoga tiada yang kena penyakit ni).

Oleh itu, apakah alternatif yang ada? Boleh guna produk yang wangi sebenarnya, cuma pastikan ia wangi semulajadi (berasaskan essential oil), dan salah satunya ialah, Baby Blossom Baby Oil. Minyak kelapa dara sememangnya wangi secara semulajadi, kerana proses pembuatannya tidak menggunakan haba. Oleh itu wangian asli minyak ini ialah seperti wangian santan dan powdery. Ditambah lagi dengan wangian dari Lavender oil dan Dill oil, wangi minyak bayi Baby Blossom memang lembut dan flowery. Kan bayi amat sesuai dengan wangian lembut seperti ini?

Tips Penggunaan Minyak Bayi Baby Blossom 
Bagi ibu-ibu yang pertama kali menggunakan minyak bayi, mesti tertanya-tanya mengenai cara penggunaan minyak bayi Baby Blossom. Tahukah sekiranya menggunakan baby oil Baby Blossom, para ibu sudah tidak perlu beli produk lain sebagai minyak rambut, losyen badan, krim ruam lampin, minyak urutan bayi, dan bedak bayi? Satu set produk penjagaan bayi seperti yang disebutkan tadi boleh mencecah ratusan ringgit setiap bulan! Para ibu bukan sahaja boleh berjimat cermat dengan menggunakan minyak bayi istimewa Baby Blossom, tetapi yang penting ia bebas bahan kimia akibat bayi anda menggunakan pelbagai produk setiap hari. Berikut ialah cara untuk menggunakan minyak bayi Baby Blossom untuk si manja anda.

1. Minyak rambut 
Selepas mandi mesti sapukan minyak rambut ke rambut bayi macam biasa. Tetapi baby oil dipasaran selalunya menggunakan mineral oil dan fragrance. Fragrance merbahaya kepada bayi kerana mengandungi beribu-ribu bahan kimia didalamnya dan mineral oil merupakan hasil minyak petroleum yang paling murah dan tidak bernutrient tetapi memerangkap lembapan dibawah kulit apabila disapu. Mineral oil juga diragui kebaikannya untuk digunakan kepada kulit bayi dan manusia amnya kerana terdapat isu-isu pencemaran toksik.
Oleh itu, dengan menggunakan baby oil Baby Blossom yang berasaskan Minyak Kelapa Dara dan essential oil, produk ini bebas bahan kimia dan selamat untuk disapukan ke rambut bayi selepas mandi.

2. Pelembap kulit
Lebih baik menggunakan Minyak Kelapa Dara dan essential oil untuk melembapkan kulit bayi kerana produk bayi seperti losyen, bedak, dan krim selalunya mengandungi 7 jenis bahan kimia toksik dan merbahaya untuk organ dalaman dan kesihatan si bayi. Minyak Kelapa Dara mengandungi kandungan zat nutrient yang diperlukan untuk kecantikan dan kesihatan kulit bayi dari segi melembapkan mahupun menghalang jangkitan kuman. Sapu minyak bayi Baby Blossom selepas mandi untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.

3. Mencegah ruam lampin
Krim ruam lampin dijual dengan banyaknya dikedai-kedai dan farmasi utama dinegara kita. Tetapi bahan kimia yang terkandung didalamnya tidak menjamin kesihatan bayi. Mungkin ruam lampin dapat dicegah tetapi penyakit lain pula yang timbul seperti masalah organ, kerosakan mata, mahupun mengganggu sistem hormon bayi untuk tumbesarannya yang normal.
Selepas mandi, sapukan minyak bayi Baby Blossom pada celah paha dan punggung bayi untuk mengelakkan ruam lampin berlaku. Kandungan antibakteria pada  Minyak kelapa dara dan essential oil akan melindungi kulit bayi dari jangkitan kuman. Kandungan Lauric acid didalam minyak kelapa dara juga berkesan melembapkan kulit bayi sepanjang hari.

4. Menghaluskan kulit
Kulit bayi menjajadi kering apabila menggunakan sabun yang mengandungi alkohol ataupun apabila terdedah kepada cuaca panas. Jika para ibu gemar menggunakan bedak, kulit bayi akan cepat kering dari biasa danm enggelupas. Tetapi jika menggunakan losyen, bahan kimia didalam losyen boleh menyebabkan bayi muntah-muntah jika tertelan semasa menghisap jari atau kaki. Alternatif yang paling selamat ialah minyak bayi Baby Blossom yang tidak mempunyai sebarang bahan kimia dan selamat walaupun bayi anda suka menghisap jari. Minyak kelapa dara ialah bahan "food grade" yang boleh digunakan untuk kosmetik dan penjagaan kulit. Oleh itu, gunakan Baby Blossom baby oil tanpa was-was.

Terdapat pelbagai lagi kegunaan minyak bayi Baby Blossom yang anda boleh ketahui. Apabila anda mengetahui kebaikan minyak kelapa dara, sebenarnya ia bukan sahaja untuk penjagaan kulit bayi, tetapi boleh juga untuk kecantikan kulit ibu. 

Ibu-ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak pun perlu menjaga kecantikan kulit. Set penjagaan selepas berpantang di negara kita selalunya berasaskan herba dan tidak memudatkan si ibu. Tetapi, herba tersebut memberi kesan pada bayi kerana khasiat herba boleh mengalir masuk kedalam susu ibu. Nanti adalah kes bayi susah tidur atau bayi menjadi allergic dan sebagainya kerana kesan herba yang sepatutnya untuk ibu tapi terkongsi pula didalam susu ibu. Untuk kecantikan kulit, minyak kelapa dara memang boleh digunakan untuk menegangkan kulit, mencerahkan, dan menggantikan sel-sel mati diseluruh badan termasuk muka. Dalam masa seminggu, kulit akan menjadi lebih anjal dan cerah kerana nutrient yang diperlukan telah dibekalkan dengan secukupnya. Khasiatnya juga tidak memberi kesan negatif pada bayi.


Beralihlah Kepada Pilihan Produk Yang Lebih Sihat Dan Selamat Untuk Bayi Anda
Sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah membuat pesanan online disini. Harga yang kami tawarkan amatlah berpatutan. Untuk 250ml, harganya Cuma RM27 sahaja. Anda boleh bandingkan harga minyak kelapa dara yang lain, dan pastinya Baby Blossom Baby Oil antara yang termurah dalam kuantiti yang lebih banyak.

Teruskan membaca info kecantikan cara semulajadi disini:
1) Apakah perbezaan krim pemutih berasaskan bahan kimia dan serum bebas bahan kimia
2) Tips-tips mencegah jerawat
3) Tips mudah dan semulajadi untuk awet muda




Tiada ulasan:

Catat Ulasan